Mo Salah Calon Anugerah Personaliti Sukan Terbaik Britain

Mo Salah Calon Anugerah Personaliti Sukan Terbaik Britain | IKRAM

Bintang bola sepak Mesir yang juga penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah dicalonkan untuk anugerah personaliti sukan terbaik yang berpengaruh di Britain pada 2022 anjuran Anugerah Etnisiti Britain.

Pada Selasa, organisasi itu mengumumkan senarai pendek yang dicalonkan untuk anugerah itu, dengan kehadiran Mohamed Salah bersama-sama: pemain Arsenal Bukayo Saka, pemain Everton Dominic Calvert-Lewin, pelari pecut British Muhammad Farah, serta pelari pecut Alex Yee, pelari pecut British Dina Asher Smith, dan pelumba basikal Afrika Selatan Nicholas Dlamen, Katharina Marie Johnson dari Britain, atlet angkat berat Karenjit Kaur dan peninju Britain Natasha Jonas.

Anugerah itu diberi berdasarkan undian, kerana ia bergantung kepada sokongan orang ramai terhadap setiap calon, dan majlis penganugerahan akan diadakan pada 27 Oktober akan datang.

Dalam laman webnya, organisasi itu memuji Mohamed Salah yang dianggap sebagai penyerang paling hebat di dunia.

Salah telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan The Reds beberapa minggu lalu, memutuskan untuk terus bersama pasukannya itu yang disertainya pada 2017.

Terdahulu, Mohamed Salah telah dinobatkan dengan beberapa anugerah individu sepanjang 2022, terutamanya pemain terbaik di England daripada Liga Profesional, pemain terbaik Liga Perdana Inggeris daripada Critics Association, pemain terbaik Liverpool FC.

Salah memenangi anugerah Kasut Emas dengan 23 gol, dan anugerah untuk playmaker terbaik untuk 13 gol dalam Liga Perdana musim lalu. Selain itu, beliau turut cemerlang bersama Liverpool untuk meraih kejuaraan Piala FA dan Piala Liga.

Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly, lahir pada 15 Jun 1992 merupakan pemain bola sepak Mesir yang bermain di Liverpool FC dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Mesir.

Beliau telah bermain dengan aksi yang sangat cemerlang bersama Mesir pada usia muda, seterusnya memasuki kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Salah juga telah memenangi Piala Super Swiss dalam musim pertamanya bersama kelab sensasi Switzerland, FC Basel dan dianugerahkan sebagai Pemain Bakat Harapan Terbaik CAF pada 2012.

Seterusnya pada 2013, beliau dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik SAFP merujuk kepada pemain terbaik di Liga Super Swiss.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia