Misi WBG tanpa lelaki, demi Palestin

Bertepatan pada malam hari ketika takbir bergema, Majlis Pelepasan Ahli Misi Women’s Boat to Gaza (WBG) telah berlangsung di perkarangan masuk ke ruang tinjau KLIA. 

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah SWT atas peluang ini untuk membawa harapan semua,” demikian kata Dr Fauziah Mohd Hasan dalam ucapannya.

Beliau berkata, tujuan WBG ini adalah bagi memecahkan kepungan di Gaza.

“Sebenarnya badan saya yang pergi, tetapi semuanya I am representing all of you, the ummah. Dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sokongan dan dokongan semua orang, keluarga, staf, masyarakat Malaysia pelbagai lapisan.”

Dalam kesempatan itu, Dr Fauziah turut memohon maaf kepada semua jika ada silap dan salah.

“Saya berharap warga media memainkan peranan yang sangat penting semasa pelayaran kami, selain daripada Allah Subhanahu Wa Taala untuk menjaga kapal kami agar selamat, warga medialah memainkan peranan yang besar,” ujar Dr Fauziah.

Beliau turut menyeru seluruh dunia agar hebatkan mewara-warakan misi WBG ini, demi untuk menjaga keselamatan kapal daripada diserang atau dianiaya dan sebagainya.

“Oleh kerana tekanan dunia, yang mengetahui misi kami, insya-Allah kita akan selamat dan dapat mencapai matlamat yang diidam-idamkan membawa keadilan dan kebahagiaan dan membawa Freedom kepada dua juta rakyat Gaza yang telah dikepung selama 10 tahun,” tegas beliau mengakhiri ucapannya.

    

Norsham turut menyatakan rasa syukurnya kepada Allah SWT kerana bersama-sama dalam perjuangan ini.

“Kita tetap fokus kepada objektif misi ini iaitu memberi tekanan kepada pihak Israel supaya Gaza itu bebas daripada sekatan.”

Tegas Norsham lagi, dan walaupun persediaan-persediaan yang dibuat, doa-doa dan sokongan yang sangat membantu usaha ini.

“Dan yang paling pentingnya kita hanya bergantung pertolongan Allah SWT. Apabila di lautan itu, sebagaimana kisah Nabi Yunus alaihis salam, dalam keadaan itu kebergantungan hanya semata pada Allah.”

Sehubungan dengan itu, Norsham menyeru agar tetap mendoakan mereka di atas jalan ini dan tidak tersasar daripada tujuan asal Misi Women Boat’s to Gaza.

“Bersamalah doakan kejayaan misi ini,” ujarnya mengakhiri ucapan.

Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah berkongsi kisah Asma’ binti Yazid.
Majlis pada malam itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria dan seterusnya sesi fotografi bersama dua serikandi ini.

Dua orang ahli misi, iaitu Dr Fauziah Hasan selaku doktor perubatan bagi kedua-dua kapal ahli WBG, dan Puan Norsham Abu Bakar, ahli misi WBG diraikan bersama-sama dengan para aktivis dan sukarelawan yang hadir.

Kedua-dua ahli misi akan menuju ke Barcelona bagi menghadiri mesyurat pertama yang mengumpulkan ahli misi, mendengar taklimat dan mengikuti beberapa siri bengkel yang telah ditetapkan oleh penganjur Women’s Boat to Gaza, iaitu Freedom Flotilla Coalition.

Penerbangan Dr Fauziah diiringi Prof Alauddin telah bertolak pada pukul 11.00 malam 11 September, manakala Puan Norsham akan ditemani anakanda beliau, Dr Maryam pada awal pagi Hari Raya Aidiladha.

Dr Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar terpilih bersama 15 aktivis wanita dari lebih 10 negara yang akan menyertai misi Women’s Boat to Gaza (WBG) bertujuan memberi pembebasan kepada rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Mereka adalah aktivis yang mewakili rantau Asia Tenggara dalam misi membawa mesej keamanan menggunakan kapal bermula 14 September dan dijadualkan tiba di Gaza pada 1 Oktober.

Selain Malaysia, negara lain yang terpilih dalam misi anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) itu ialah Sepanyol, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand serta Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ahli JKP, ahli keluarga, ahli-ahli IKRAM Malaysia, wakil media tempatan, aktivis Rose2Rose dan rakyat Malaysia turut bersama hadir dalam majlis pelepasan anjuran MyCARE dan Rose2Rose ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia