i-Bantu Johor akan mengadakan misi ke Kuala Krai, Kelantan pada 3-6 Januari 2015, Tanah Merah, Kelantan pada 4-8 Januari 2015 dan Temerloh, Pahang pada 4-8 Januari 2015.
i-Bantu Melaka pula akan mengadakan misi ke Kemaman pada 3-4 Januari 2015 beserta 40 orang sukarelawan sementara i-Bantu Wilayah Persekutuan ke Dungun, Terengganu pada 3-4 Januari 2015 beserta 30 orang sukarelawan.
Misi i-Bantu Selangor (Gombak) yang dijangka mengadakan misi ke Kuala Krai pada 3-4 Januari 2015 bersama 25 orang sukarelawan telah ditukarkan Temerloh untuk membawa barang bantuan ke Jengka dan Maran.
Agensi yang disokong IKRAM, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) juga tidak ketinggalan mengadakan misi ke Kuala Kangsar pada 3-4 Januari 2015 beserta 20 orang sukarelawan.
Menurut Pengurus Operasi PGB i-Bantu Pusat, Sdr Muhammad Nasir Tampol, sehingga hari ini, lebih 30 misi i-Bantu telah, sedang dan akan dijalankan oleh i-Bantu Negeri seluruh negara yang telah diselaraskan oleh Pusat Bilik Gerakan tersebut.