Misi Kemanusiaan IKRAM ke Filipina berjaya

IKRAM diwakili oleh Sdr Wan Mohd Yusof Wan Ismail dan Ustaz Noorsyazly Rameli menyertai misi ke Filipina pada 14-22 November 2013 yang lalu.

Bersama penduduk di Masjid Mabini di Ormoc City dan keadaan bumbung rumah selepas taufan

Dalam misi ini, IKRAM turut bekerjasama dengan South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) iaitu gabungan NGO-NGO yang diketuai oleh PKPU Indonesia. Selain PKPU, NGO Indonesia lain yang terlibat ialah Rumah Zakat, ACT dan Dompet Dhuafa.

Di Filipina, kawasan bencana yang dapat dilawati ialah Ormoc City dan Tacloban City sahaja kerana faktor masa dan logistik.

Antara keperluan mangsa yang dikenal pasti ialah:

i. Makanan asas seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin, ikan masin, air mineral

ii. Rumah perlindungan: Membaiki atap rumah atau membina rumah yang baru

iii. Perubatan: Keperluan tidak kritikal kerana kebanyakannya adalah kategori pesakit luar.

iv. Masjid: Membaiki masjid di Tanbulilid dan membina masjid baru di Tacloban

v.  Modal untuk memulakan perniagaan kecil atau di kaki lima yang musnah.

vi. Keperluan umum umat Islam (bukan disebabkan musibah taufan):

a. Pembinaan pusat dakwah Islam di Ormoc

b. Pembelian tanah wakaf untuk perkuburan Islam di Ormoc

c. Pembinaan masjid baru di Tanbulilid

Sumbangan awal yang telah diberi dengan kerjasama NGO terlibat ialah beras, minyak masak, sardin, khemah tarpaulin untuk bumbung rumah sementara, mesin penjana bekalan elektrik untuk pusat operasi NGO dan masjid, dan membaiki bumbung masjid di Tanbulilid.

Dapur berpusat, pemeriksaan kesihatan serta sumbangan beras dan makanan lain

Menurut Wan Mohd Yusof, Masjid Jamek Mabini di Ormoc City tidak terjejas walaupun rumah dan bangunan di sekelilingnya rosak dan musnah. Ketika ini, masjid ini menjadi tempat perlindungan sementara bagi kira-kira 100 Muslim yang kehilangan rumah.

Tambahnya, rumah Sdr Muhamed Ibrahim yang agak terselamat daripada bencana dijadikan tempat operasi dan penginapan sementara NGO-NGO Islam luar negara yang datang ke Ormoc kerana kos penginapan hotel mahal, ketiadaan elektrik, kekurangan bekalan air dan kesukaran mendapatkan makanan halal di sana.

Keadaan Tacloban City yang hampir musnah sepenuhnya (Foto 3: Keadaan Lapangan Terbang Tacloban)

Selain bantuan material, menurut Noorsyazly, anggota misi IKRAM dan SEAHUM turut membantu penduduk Muslim Mabani membina dapur berpusat, mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma di Ormoc dan membantu anggota keselamatan mengumpul dan memindahkan mayat-mayat yang masih banyak bergelimpangan di Tacloban.

Pihak keselamatan sangat menghargai kesanggupan anggota misi membantu mereka mengumpul dan memindahkan mayat kerana tidak banyak NGO yang memberikan khidmat sedemikian.

Sumbangan beras untuk penduduk Tacloban serta bantuan pengumpulan dan pemindahan mayat

Sumbangan untuk mangsa bencana taufan Haiyan di Filipina masih dibuka untuk meneruskan bantuan kepada mangsa dalam misi kemanusiaan yang akan datang.  Sumbangan boleh dibuat ke Tabung Bencana Taufan Haiyan Filipina melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 12029-01006-4630 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Semoga bantuan ini memberikan sinar harapan dan semangat untuk mangsa taufan meneruskan kehidupan yang mendatang, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia