Misi Gifts of Smiles 2 bawa kegembiraan untuk pelarian Syria

Misi tersebut diketuai Puan Mas Ahmah Jonid dibantu oleh Dr Muhammad Hafizul Amin Jimaain dari Johor sebagai Timbalan Ketua. Anggota misi yang lain ialah Nur Sakinah Norkhair (Johor), Dr Sabariah Omar (Selangor), Roshadah Ishak (Kedah), Faizah Ismail (Terengganu), Dr Maznah Ahmad (Selangor) dan Usamah Md Idros (MyCARE). 

Anggota misi ini ke Jordan membawa sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE yang akan disalurkan kepada pelarian Syria di beberapa kem pelarian di sana semasa musim sejuk bersempena dengan kempen Winter Relief 2015.

“Insyaa-Allah, ketibaan kami ini bakal membawa kegembiraan kepada saudara-saudara Syria kita.”

“Moga misi kali ini dapat membantu lebih ramai saudara-saudara Syria kita yang memerlukan bantuan shitaa’ (musim sejuk).”

Menurut Pengerusi MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor yang hadir semasa majlis pelepasan anggota misi, Misi Gifts of Smiles 2 diterajui oleh Rose2Rose, agensi MyCARE yang memberikan bantuan kepada wanita dan kanak kanak.

“Mereka akan menjalankan misi dari 16-24 Disember dengan membawa bantuan lebih dari RM136,000,” jelas beliau.

Tambah beliau, ia adalah sebahagian dari dana yang disumbangkan oleh orang ramai yang sudah mencecah RM600,000 sehingga 16 Disember dengan sasaran kutipan adalah RM1.5 juta dengan tarikh tutup rasmi pada 31 Disember 2015.

Beliau turut mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan semoga misi kemanusiaan ini berjaya dan semua anggota misi selamat pergi dan pulang dari sana, insya-Allah. Turut hadir dalam majlis pelepasan malam tadi adalah Penasihat Rose2Rose, Dr Fauziah Mohd Hasan yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) MyCARE.

MyCARE berharap agar dengan usaha-usaha ini terus memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan sejagat. MyCARE telah melancarkan Kempen Winter Relief 2015 (Rayuan Musim Sejuk 2015) yang mensasarkan bantuan untuk 15,000 warga Palestin, Syria dan Iraq.

Antara Pakej Sumbangan yang ditawarkan ialah Pakej A dengan nilai RM100 (selimut tebal, baju sejuk, sarung tangan dan stokin) dan juga Pakej B dengan RM500 (tilam, selimut tebal, pek makanan, alat pemanas, baju sejuk, sarung tangan dan stokin).

Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh memasukkan sumbangan atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD ke salah satu akaun berikut:

  • Maybank Islamic: 551575-004299
  • Bank Islam: 1209-20100-34904
  • CIMB: 8602-135-592

E-melkan slip bayaran atau bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948.

Foto: http://on.fb.me/1OxEF75

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia