Misi Flotila ke Gaza: 20 Rakyat Malaysia Terpilih

Misi Flotila ke Gaza: 20 Rakyat Malaysia Terpilih | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seramai 20 orang rakyat Malaysia telah terpilih antara 11,000 permohonan dari 30 buah negara untuk turut serta dalam kumpulan misi ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ pada tahun ini.

Para peserta berjumlah 1,000 orang ini terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan dari serata dunia merangkumi pelbagai bangsa, kaum dan agama.

Pasukan peserta daripada Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 18 April, Khamis ini untuk berkumpul bersama-sama dengan para peserta lain dari seluruh dunia bagi melakukan persiapan terakhir selama dua hari, sebelum berlayar ke Gaza yang dijangkakan pada hari Ahad berikutnya. 

Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC). Objektif penubuhan FFC pada tahun 2020 adalah untuk memecah kepungan di Gaza yang berada di bawah kepungan Israel selama lebih 17 tahun.

Kepungan ini telah menjadi Gaza sebagai penjara terbuka terbesar di dunia, dan kini disekat bantuan makanan, perubatan dan segala kemudahan asas yang lain disekat sebagai bentuk senjata perang oleh pihak rejim Zionis Israel. 

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, misi kali ini melibatkan tiga buah kapal yang terdiri daripada sebuah kapal kargo muatan 5,000 tan dan dua buah kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang. 

“Kapal-kapal ini akan membawa makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk 8 buah ambulans,” jelas Dr Kamal dalam sidang media pada Selasa. 

Mengulas lanjut, beliau menekankan bahawa misi bantuan kemanusiaan ini adalah gerakan akar umbi dan bersifat multinasional untuk mencabar sekatan haram Israel ke atas wilayah Gaza selain memberi kesedaran dan semangat kebersamaan masyarakat antarabangsa dengan saudara-saudara kita di Gaza.

Selain MyCARE, antara pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang terlibat ialah Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweden Ship to Gaza, Canadian Boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles dan Free Gaza Australia. 

Dr Noorhasyimah Ismail turut menyertai misi ini mewakili pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui MyCARE.

Beliau yang juga adalah aktivis MyCARE mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan projek kemanusiaan di pelbagai peringkat melalui keterlibatan dalam strategi perancangan, pengurusan projek dan koordinasi antara NGO tempatan dan antarabangsa.

Selain Dr Kamal dan Dr Noorhasyimah, antara peserta lain yang turut menyertai ialah Dr Fauziah Mohd Hassan (FFC), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (IKRAM), Pn Norsham Abu Bakar (FFC), Khalid Jimat (MyCARE) dan Farwina Faroque (BDS Malaysia) serta perwakilan lain daripada NGO dan pengamal media.

Terlebih dahulu, dalam majlis tersebut,  MyCARE telah menerima beberapa sumbangan daripada Rotary District 3300 (Malaysia) dan Ihsan Care untuk disumbangkan kepada masyarakat Gaza. 

Governor Rotary District 3300, Teoh Kwan Swee, Pengerusi Gaza Task Force, Rotary International District 3300, Siti Subaidah Mustaffa dan wakil Ihsan Care, Amran Sakir telah hadir dalam majlis penyampaian sumbangan.

Manakala KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital menyumbang bantuan perubatan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia