MHI bekalan hebat untuk remaja

“Saya rasa aktiviti-aktiviti sebegitu susah untuk didapati di program-program lain, jadi apabila anak-anak ini dapat menyertai program ini, saya rasa ia sesuatu bekalan yang cukup hebat bagi mereka ini menghadapi masa depan yang semakin hebat dan mencabar.” 

Hadir dalam majlis penutup MHI 15/16 dalam Hari Graduasi sebagai aktiviti akhir, beliau menjelaskan, MHI adalah suatu program pendidikan untuk anak-anak, bagaimana mereka ditarbiah bagi berdepan dengan masa depan yang begitu mencabar.

“Melihat penutupan yang dijalankan pada hari ini, saya merasa begitu gembira mendapati anak-anak ini mengikuti aktiviti-aktiviti yang sangat bermanfaat terutamanya apabila mereka keluar menjalankan street dakwah, menyertai aktiviti khidmat masyarakat dengan menziarahi orang tua dan memberi makanan kepada gelandangan,” ujarnya.

        

Aktiviti street dakwah, ziarah orang tua dan memberi makan kepada gelandangan

Madrasatul Hayah IKRAM (MHI) sesi 15/16 telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dengan penyertaan 102 orang peserta dengan peserta dari negeri Selangor mencatatkan bilangan teramai. Pengarah MHI, Mohd Hafiz Abd Hamid berkata, daerah Hulu Selangor mencatatkan bilangan paling ramai menghantar peserta ke MHI pada kali ini dengan berbelas-belas peserta.

“Menariknya pada MHI kali ini,  peserta ikhwah (lelaki) mencatatkan bilangan lebih ramai berbanding peserta akhawat (perempuan) dengan iaitu dengan nisbah 2/3 daripada jumlah keseluruhan dan jumlah peserta yang tinggal sehingga pada hari penutupan ialah 98 orang peserta.

“Pengisian dan slot pada tahun ini seimbang dari segala aspek cuma ada sedikit perubahan iaitu kita banyakkan konsep bonding, iaitu kebersamaan peserta dengan IKRAM, slot-slot seperti itu kita tambahkan lagi bagi membuatkan peserta selesa dengan semua aktiviti yang dijalankan,” katanya.

MHI 15/16 yang berlangsung bermula 12 Disember 2015 sehingga 9 Januari 2016 selama sebulan berkampung di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor dengan majlis penutupan yang bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran ibu-bapa dan alumni PRODUCE (Program Dua Tahun Pelajar Cemerlang) yang turut sama memeriahkan dan menyaksikan hari keramat majlis penutupan dan graduasi para peserta.

    

Sekitar Hari Graduasi MHI 15/16 pada 9 Januari 2016

Penutupan MHI juga menyaksikan penganugerahan peserta ikhwah terbaik MHI 15/16 kepada Syed Syaqir Adhli al-Shatri dan peserta akhwat terbaik diberikan kepada Najahatus Solehah Rapihi. Penganugerahan peserta terbaik dinilai melalui aktiviti dalam dan luar kem, cara kempimpinan yang ditunjukkan, interaksi dengan fasilitator dan peserta.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada para peserta, tayangan video aktiviti mereka sepanjang berada di kem, penyampaian hadiah bagi persembahan malam kebudayaan dan juga sukaneka yang dianjurkan serta diakhiri dengan sesi bersalaman dan bergambar kenangan.

Walaupun sudah berakhir, agenda MHI diteruskan dengan kembara ke Yala, Satun dan Krabi dalam program jaulah Road To Thailand 2016 bermula semalam hingga 20 Januari 2016 bagi para peserta yang berminat untuk menimba pengalaman bersama umat Islam di sana.

Sumber:
FB Madrasatul Hayah IKRAM
Blog MHI

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia