Video “Merdekakan Kami Daripada #Rasuah” dilancarkan

SERI KEMBANGAN – Gerakan #RasuahBusters kini memaparkan video ketulusan hati dan rayuan anak-anak kecil Malaysia agar diri mereka bebas daripada gejala rasuah.

 

Menurut kenyataan Sekretariat #RasuahBusters, video “Merdekakan Kami Daripada Rasuah” ini dilancarkan bersempena Kemerdekaan Malaysia ke-64, bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa budaya benci rasuah ini harus dipupuk sejak kecil.

 

Jelasnya, empat versi video mewakili empat bangsa dan  agama berbeza secara simboliknya menunjukkan rasuah ditolak oleh semua agama.

 

“Anak kecil dalam video-video ini faham bahawa agama melarangnya melakukan perkara yang tidak baik seperti rasuah dan hukuman yang diterima oleh pelaku rasuah amat berat.”

 

Tambahnya, mesej santai oleh anak-anak ini menunjukkan najis rasuah adalah sesuatu yang amat jijik dan hina dan boleh merosakkan masa depan mereka dan perlu dijauhi. Karakter rasuah yang terbina sekian lama begitu sistemik dan kolektif menyebabkan cabaran menanganinya amat besar.

 

“#RasuahBusters menyeru seluruh rakyat agar bangkit membina #MalaysiaTanpaRasuah dengan menghayati kembali semangat Rukun Negara dengan membebaskan diri daripada penjajahan rasuah sebagai batu asasnya.”

 

Tegasnya, kestabilan dan demokrasi negara ini dengan sendirinya akan dapat dipulihkan jika setiap rakyat dan pemimpin kembali mengamalkan ajaran agama yang betul dan berusaha untuk hidup secara harmoni dalam kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

 

Video-video tersebut boleh dilayari di pautan berikut:

1. Bahasa Melayu: https://www.youtube.com/watch?v=WEIq9l58b54

2. Bahasa Inggeris: https://www.youtube.com/watch?v=wMuDCAZcKHM

3. Bahasa Cina: https://www.youtube.com/watch?v=ZKWplE5MC64

4. Bahasa Tamil: https://www.youtube.com/watch?v=CxokpIf3EoQ

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut menyokong penuh inisiatif gerakan #RasuahBusters yang dipelopori Sinar Harian bagi mengikis budaya rasuah dan mendidik tentang bahaya jenayah ini yang berakar umbi dalam masyarakat.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia