Merangka strategi membela Palestin

Bertempat di One World Hotel Petaling Jaya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dalam ucapan perasmiannya berkata Malaysia akan sentiasa menyokong Palestin dan polisi luar terhadap negara itu tidak pernah berubah sejak kemerdekaan Malaysia.

 

Persidangan ini bagi menyedarkan kewujudan kebebasan untuk semua negara bagi mencetuskan bantahan, merupakan acara penting susulan pelan damai Timur Tengah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

 

Beliau turut mendesak agar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melepaskan jawatannya selepas sebahagian besar rencana perdamaian disokong AS ditolak oleh Palestin dan sekutunya.

 

Dalam pada itu, ketika mengulas sokongan AS terhadap Israel dan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tanah air mereka sendiri, Tun Mahathir bertegas bahawa tindakan berkenaan boleh diterima di AS tetapi tidak boleh diterima di sini.

 

Ini adalah sidang yang penting dalam situasi di mana berlaku pelan damai antara Washington dan Israel, ketika ramai pihak dunia yang menentangnya, antaranya Malaysia sendiri.

 

Sangat jelas, bahawa keputusan Trump melaksanakan pelan damai Palestin-Israel adalah tidak adil kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik di rantau itu yang ketika ini turut dibantah berbilion orang di dunia.

 

Menurut sumber media, Trump telah mula berkempen bagi mengekalkan jawatannya sempena pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada 3 Nov 2020 akan datang.

 

Sehubungan dengan itu, Malaysia tetap mengekalkan kritikan terhadap sokongan AS terhadap Israel. Mana-mana orang asing yang cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya di sini, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap orang yang didapati melakukan itu.

 

Sebelum ini, terdapat beberapa negara telah melancarkan peperangan melawan Israel namun kalah, kini strategi yang dirancang dengan baik untuk memenangi hati dan minda dunia diperlukan untuk membawa keadilan bagi rakyat Palestin sebagaimana persidangan yang dilaksanakan ini.

 

Sangat mengecewakan apabila setelah tujuh dekad hanya satu pihak daripada ‘Two-State Solution’ dibentuk iaitu Israel, sedangkan rakyat Palestin masih lagi ketinggalan bergelut menuntut keadilan, keamanan dan sebuah negara berdaulat mereka sendiri. Tentunya, rayuan  rakyat Palestin menjadi tumpuan isu kepada majoriti komuniti antarabangsa tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

 

Untuk memenangi hati dan minda rakyat, sewajarnya ia perlukan strategi. Apa yang dilakukan oleh negara kuasa besar sekarang ini adalah sangat bertentangan dan menyalahi undang-undang. Justeru, bagi memenangi perjuangan Palestin itu, satu strategi yang benar perlu dilakukan, kerana bertindak dalam keadaan marah dan kecewa, tentunya tidak akan dapat membantu usaha Palestin apalagi meredakan keadaan yang terjadi.

 

Sebaiknya, perlu ada satu strategi yang betul digunakan oleh Palestin dan disokong oleh semua penyokong mereka, dalam usaha untuk memenangi hati dan pemikiran manusia, iaitu perkara ini adalah perjuangan demi keadilan dan keamanan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Tun Dr Mahathir turut mengkritik tindakan Israel merampas tanah Palestin dan beliau menggambarkannya ia adalah satu ketidakadilan yang besar.

 

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Yahudi di bawah Nazi Jerman tidak membuatkan mereka lebih simpati atau lebih mengambil kira mengenai isu kesaksamaan dan keadilan, tetapi sebaliknya mereka mahu melakukan ketidakadilan terhadap orang lain. Tindakan pembuli, hanya kerana mereka mempunyai kekuatan membuli yang tidak berdaya tetapi, di Malaysia dan di bahagian lain di dunia, akan menegakkan peraturan undang-undang.

 

Ketika menyampai ucapannya pada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) di hadapan hadirin, Tun Dr Mahathir dengan lantangnya mengkritik isu ‘Deal of the Century’, ia akan hanya meneruskan dominasi pendudukan seperti dasar aparteid ke atas rakyat Palestin dan sesungguhnya Malaysia mendapati cadangan itu tidak dapat diterima serta amat tidak adil.

 

Lagi memburukkan keadaan, ia menyerahkan bandar suci Jerusalem (Baitulmaqdis) dengan mudah kepada pihak Israel, tanpa mempedulikan perasaan jutaan umat Islam dan Kristian di seluruh dunia. Hal itu sebenarnya, akan membawa lebih banyak konflik di rantau ini, dan kemarahan berbilion masyarakat di seluruh dunia.

 

Beliau turut menegaskan bahawa isu Palestin adalah satu isu keadilan dan kemanusiaan. Ia bukan satu persoalan antara umat Islam dan bukan Islam, agama tidak ada (kaitan) dengannya. Mereka (Palestin) telah dinafikan hak asasi mereka, dan kita mesti prihatin mengenainya.

 

Selain itu, Dr Mahathir turut menyamakan pendirian Israel terhadap rakyat Palestin dengan penindasan Yahudi oleh Adolf Hitler di Jerman.

 

Akhir Januari lalu di Washington, Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melancarkan pelan damai Palestin-Israel yang dikritik hebat kerana memihak kepada Israel dan seolah-olah memberi harapan satu hari nanti Palestin akan mempunyai negara sendiri yang berdaulat.

 

Sejajar dengan usaha yang dijalankan semua pihak bagi memerdekakan Palestin, kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan ahli Parlimen seluruh dunia untuk melihat apa yang berlaku di Palestin diperlukan melalui usaha-usaha yang dijalankan sebagaimana diadakan persidangan seperti ini.

 

Melalui persidangan ini juga, satu suara yang mewakili seluruh rakyat seluruh negara dapat dihimpunkan kerana suara ahli-ahli Parlimen adalah mewakili rakyat.

 

Dalam siri ucapan ahli-ahli parlimen dari negara-negara yang hadir, suara mereka menegaskan bahawa isu ini bukanlah isu agama walaupun melihat kepada tema (Ke Arah Strategi Mempertahankan Al Quds) tetapi ia adalah satu isu besar iaitu perjuangan terhadap isu hak asasi manusia yang semua perlu peka dan peduli akannya.

 

Sidang LP4Q tahun ini disokong pelbagai NGO antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Pertubuhan Himpunan Lepasan institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Yayasan Al-Quds Malaysia (QFM).

 

Penaung persidangan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga penasihat penganjur persidangan dan Presiden LP4Q Sheikh Hamid Abdullah Al-Ahmar, turut hadir dalam sidang media yang didadakan.

 

Persidangan LP4Q sebelum ini telah berlangsung di Istanbul pada 2016 dan 2018, yang mana telah dirasmikan oleh Presiden Turki Racep Tayyip Erdogan. Antara isu yang pernah dibawa ke sidang itu adalah persetujuan dalam mendokumentasikan tindakan Israel yang disifatkan sebagai jenayah untuk dibentangkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

 

LP4Q adalah kumpulan antarabangsa yang ditubuhkan pada 2015 dan berpusat di Turki. Ia bertujuan mengaktifkan peranan anggota Parlimen dalam menyokong hak asasi manusia Palestin mengikut undang-undang antarabangsa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia