Menteri Pendidikan iringi pelepasan Kontinjen KRS MUSLEH

Dalam ucapan ringkas, beliau berharap para peserta perkhemahan kali ini membawa nama baik negara dan menjadi yang terbaik semasa perkhemahan berkenaan berlangsung.

“Saya berharap para pelajar akan berdisiplin dan dinamik, akan pulang ke Malaysia nanti dengan semangat yang berbeza dan cita-cita yang baharu, keazaman yang baharu dan seterusnya menjadi aset kepada negara,” tambah beliau.

Menurut ketua rombongan kontinjen, Mejar Abd Rahaim Md Isa, seramai 297 anggota KRS MUSLEH dari 27 buah sekolah rendah dan menengah rangkaian IKRAM MUSLEH termasuk pegawai-pegawai, guru-guru pengiring dan para pelajar berlepas melalui tiga penerbangan.

Beliau berkata, KEMNAS IV ini akan berlangsung selama empat hari tiga malam, dari 16 hingga 19 November 2018 di tapak perkhemahan Buperta, Cibubur, Jakarta.

“Dijangkakan sejumlah 14,000 orang anggota dari Indonesia dan Thailand termasuk dari Malaysia akan berhimpun di KEMNAS kali ini.”

Dalam pada itu, Kontinjen KRS MUSLEH akan berada di sana lebih lama iaitu bermula hari ini hingga 22 November untuk melakukan lawatan sambil belajar di Taman Sains, Jakarta.

“Mereka juga akan melawat Sekolah Ummul Qura, Bogor serta Desa Bantar Sari, Bogor selepas perkhemahan tamat,” kata Rahaim lagi.

Turut serta dalam rombongan ke Jakarta ini adalah Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH.

KEMNAS IV dianjurkan untuk meningkatkan karakter kemandirian, keteguhan dan ketrampilan, jiwa kepemimpinan, semangat persaudaraan, persatuan dan kesatuan berlandaskan nilai-nilai Islam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia