Menteri Pendidikan Bangsamoro Kunjungi IKRAM

Menteri Pendidikan Bangsamoro Kunjungi IKRAM

SERI KEMBANGAN – Menteri Pendidikan Asas, Tinggi dan Teknikal bagi Wilayah Autonomi Bangsamoro Muslim Mindanao (BARMM), Sir Mohagher M. Iqbal mengunjungi Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia pada Jumaat.

Delegasi kementerian seramai 26 orang yang diiringi dua pegawai Jabatan Perdana Menteri disambut oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam Majlis Taaruf dan Ukhuwah Islamiah.

Turut menyambut delegasi Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) serta wakil JK Pendidikan IKRAM, IKRAM MUSLEH dan IKRAM Academia.

Dalam majlis itu, Hj Badlishah mengalu-alukan kehadiran Sir Mohagher dan delegasi kementeriannya ke Malaysia dan juga Ibu Pejabat IKRAM, seterusnya memperkenalkan IKRAM serta institusi pendidikan dan akademianya, IKRAM MUSLEH dan IKRAM Academia.

Dalam majlis tersebut, Timbalan Pengerusi JK Pendidikan IKRAM, Dr Kamaliah Noordin turut berkongsi tentang pendidikan IKRAM, manakala Sir Mohagher berkongsi tentang perkembangan pendidikan di BARMM.

Moga kunjungan ini akan membuahkan kerjasama dalam pendidikan dan pelbagai bidang lain antara IKRAM dan wilayah autonomi Bangsamoro, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia