Menjaga Lisan Kunci Segala Kebaikan

Menjaga Lisan Kunci Segala Kebaikan | IKRAM

Sebahagian masyarakat kita ramai yang tidak tahu atau mungkin menganggap remeh berkaitan tatacara berbual dengan rakan ataupun orang-orang sekeliling. 

Kepentingan menjaga adab dalam berbicara sesama rakan atau dalam keadaan apa sekalipun seharusnya dititikberatkan demi menjaga hubungan silaturahim dan menghindari kata-kata yang tidak bermanfaat seperti meremehkan atau merendahkan orang.

Tahukah kalian, akhlak seseorang boleh dinilai daripada cara dia berbicara? Ini kerana hal yang paling mudah mengungkapkan isi hati adalah dengan berbicara. Kerana itu tutur kata mencerminkan akhlak seseorang.

Seseorang boleh disukai dan diminati kerana tutur katanya yang baik, begitu juga sebaliknya sesesorang tidak disukai kerana selalu menghambur perkataan yang tidak baik dan kurang menyenangkan.

Berikut merupakan lapan adab ketika berbual yang perlu dititikberatkan bagi menambah baik komunikasi sedia ada.

1. Hendaklah berbicara sesuai dengan keadaan, situasi atau dalam konteks kefahamannya.

2. Berbicara yang baik atau diam. Mencari perkataan yang sesuai dan terbaik sebelum memberi pandangan atau pendapat kepada rakan berbual.

Intinya, berfikir terlebih dahulu apa yang ingin disampaikan kerana kata-kata yang baik juga adalah ibadah jika diniatkan untuk kebaikan.

3. Melatih diri untuk menjadi pendengar dan tidak mendominasi situasi dalam perbualan, dengan merasakan diri sendiri lebih baik dan lebih faham dalam setiap isu yang diutarakan.

Sepertimana kita beradab ketika berbicara, seharusnya kita juga beradab ketika mendengar.

4. Hindari hal-hal yang tidak jelas, tidak mudah mengajukan perkataan dari seorang rakan kepada rakan yang lain atau menceritakan semua hal yang kita ketahui.

5. Menjaga rahsia meskipun tidak diminta untuk merahsiakan perbualan tertentu.

Ini kerana ketika seseorang berbicara dengan kita, ia bermakna dia mempercayai kita menjadi rakan berkongsi cerita. Jadilah seorang pendengar yang amanah.

6. Tinggalkan perdebatan apabila terdapat satu pihak yang mulai terbawa emosi, seperti meninggikan suara atau melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Mengalahlah kerana Allah walaupun kita berada dalam kebenaran, demi menjaga kemaslahatan dan tali persaudaraan dua hati.

7. Berusaha memberi perhatian kepada rakan yang sedang berbicara, dengan melihat wajahnya dan tidak berbicara sambil melihat telefon bimbit atau semisalnya yang dapat mengalihkan perhatian kita. Fokus kepada orang yang sedang berbicara juga salah satu tanda kita menghargainya.

8. Perkara yang boleh membuat orang lain terasa atau mungkin tersinggung jangan dilanjutkan, semua hal yang boleh merosak hati kita dan rakan perlu dihindari.

Berkomunikasi merupakan ladang pahala, sepertimana sabda Nabi SAW bahawa kata-kata yang baik adalah sedekah, carilah pahala dengan menuturkan perkataan yang baik, menjauhi segala bentuk perkataan yang membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran. 

Rasulullah SAW pernah menasihati Muadz bin Jabal, “Mahukah aku beritahu kepadamu tentang kunci semua perkara itu?

Muadz bin Jabal menjawab, “Ya, wahai Rasulullah.” Maka beliau pun memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini.”  Aku bertanya “Wahai Rasulullah, apakah kami dituntut diseksa kerana apa yang kami katakan?” 

Maka baginda bersabda, ”Adakah yang menjadikan orang diseret mukanya (atau ada yang meriwayatkan batang hidungnya) di dalam neraka selain ucapan lisan mereka?” (HR Tirmidzi [2616] dan Ibnu Majah [3973, Hadis Hasan)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW juga bersabda, “”Seorang Muslim adalah seseorang yang orang Muslim lainnya selamat daripada gangguan lisan dan tangannya.” (HR Bukhari [6484])

Didiklah hati dengan nilai-nilai murni, dengan menerapkan langkah-langkah yang dapat mendorong hati ke arah perbuatan dan pertuturan yang tidak lain hanya berintikan sebuah kebaikan, nasihat dan motivasi. Kerana lisan adalah kunci segala kebaikan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia