Memecahkan Stigma Dekriminalisasi Dadah di Malaysia

Memecahkan Stigma Dekriminalisasi Dadah di Malaysia | IKRAM

KUALA LUMPUR – Bengkel Dasar Dekriminalisasi Dadah yang dianjurkan oleh Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM) dan Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Practice Digital Media & Communication, Universiti Monash Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada Rabu, 5 Februari lalu.

Bengkel ini menghimpunkan pakar dasar dadah, ahli akademik, pengamal media serta aktivis sosial bagi memperkasakan peranan media dalam menyampaikan maklumat yang lebih berimbang dan berasaskan bukti mengenai isu dekriminalisasi pemilikan dadah peribadi.

Dalam sesi pembukaan oleh Dato’ Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan DPMM, serta Presiden dan Naib Canselor Universiti Monash Malaysia, beliau menegaskan bahawa dekriminalisasi tidak bermaksud membenarkan penggunaan dadah di sisi undang-undang (legalisasi).

Ujarnya, ia merupakan satu pendekatan yang berorientasikan pemulihan dan mengurangkan mudarat berbanding hukuman penjara.  

“Dekriminalisasi bermaksud pemansuhan denda jenayah bagi kegiatan berkaitan dadah, termasuklah penggunaan dadah dan pemilikan dadah bagi kegunaan peribadi,” kata beliau.  

Tambah beliau, kebiasaannya terdapat dua sebab seseorang memiliki dadah: pertama sekali, kerana mereka berniat hendak menggunakannya sendiri, keduanya kerana mereka berniat hendak menjual kepada pihak lain. 

Jelasnya, tindakan menyahjenayah ini hanya melibatkan pemansuhan denda jenayah bagi milikan peribadi, bukannya untuk pemilikan dengan niat membekal ataupun menjual dadah.

“Malaysia membuat langkah besar dengan memperkenalkan NSEP, yang membantu mengurangkan penyebaran HIV dalam kalangan penagih. Ini membuktikan pendekatan kesihatan awam lebih berkesan berbanding hukuman penjara,” ujar Palani Narayanan, Pengarah Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM).

NSEP merupakan Program Pertukaran Jarum dan Picagari Terpakai manakala Program Rawatan Terapi Gantian (RTG) diperkenalkan pada 2005 yang terbukti berkesan dalam mengurangkan jangkitan HIV dan AIDS dalam kalangan penagih dadah.

Beliau juga menyatakan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kini dalam usaha meneruskan dasar berkesan dengan pendekatan dekriminalisasi dadah.

“Pendekatan ini mengalih fokus daripada hukuman penjara kepada pemulihan melalui rawatan, membolehkan pengguna dadah mendapat sokongan tanpa stigma,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa cabaran utama adalah mengubah persepsi masyarakat yang masih melihat pengguna dadah sebagai penjenayah.

“Kita perlu memberi keutamaan kepada penguatkuasaan terhadap pengedar dadah, sementara pengguna yang terjebak perlu diberi peluang untuk pulih,” tambahnya.

Sesi perbincangan ahli panel pula menampilkan pakar dalam reformasi polisi dadah iaitu Dato Dr. P. Sundramoorthy (Pakar Kriminologi, Universiti Sains Malaysia), Puan Samantha Chong (Bekas Pendakwa Raya dan Penasihat DPPM) serta Puan Faridah Maludin daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Dalam sesi ini, ahli panel membincangkan topik berkisar tentang “Memecahkan Stigma: Dekriminalisasi Penggunaan Dadah di Malaysia untuk Menyelamatkan Nyawa dan Melindungi Belia.”

Menurut Puan Faridah yang juga Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah IKRAM, hingga September 2023, sebanyak 75,379 tahanan atas pelbagai kesalahan berada dalam penjara seluruh negara.

Ujarnya, jumlah ini telah melebihi kapasiti rasmi, iaitu hanya boleh memuatkan sebanyak 69,816 banduan. Daripada jumlah keseluruhan banduan dalam penjara, 70.4 peratus atau 53,072 adalah mereka yang disabitkan kesalahan dadah, diikuti kesalahan bukan berkaitan dadah, iaitu 29.6 peratus atau 22,307 individu.

“Ini menunjukkan kerajaan terpaksa menampung kos yang tinggi untuk pengurusan banduan,” jelas beliau.

Katanya lagi, tindakan memenjarakan penagih telah menunjukkan secara statistik 80% penagih akan kembali ke kehidupan penagihan setelah keluar penjara.

“Ini bermakna lapan daripada 10 orang akan kembali menjadi penagih selepas bebas daripada penjara. Jelas bahawa hukuman penjara sahaja bukan penyelesaian kepada masalah ketagihan,” tambah beliau.

Puan Faridah berpandangan, orang yang memiliki atau menggunakan dadah seharusnya diberikan rawatan dan sokongan melalui sistem penjagaan kesihatan dan komuniti, bukan melalui pemenjaraan, pemulihan mandatori atau sistem keadilan jenayah.

Pada akhir bengkel, penganjur menekankan semula bahawa dekriminalisasi dadah bukanlah solusi untuk semua isu berkaitan dadah.

Namun ia merupakan langkah strategik bagi mengurangkan mudarat dalam bentuk sosial mahupun beban kos kepada negara, dan satu langkah ke hadapan ke arah rawatan penagihan yang lebih efektif.   

Secara keseluruhan, bengkel ini berjaya memberi kesedaran bahawa masih ada pendekatan alternatif baik yang berorientasikan pemulihan dan mengurangkan mudarat berbanding hukuman penjara, bagi pesalah yang memiliki dadah untuk kegunaan peribadi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia