Membina Masyarakat Inklusif, Pentingnya Taaruf

Membina Masyarakat Inklusif, Pentingnya Taaruf | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Malaysia diiktiraf di persada antarabangsa sebagai sebuah “kisah kejayaan” dalam kepelbagaian budaya. Dalam usaha untuk memastikan kemakmuran negara berterusan, adalah penting untuk setiap rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan dan berasa memiliki tempat tersendiri dalam negara ini, tanpa mengira latar belakang mereka.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, “Seperti yang telah beta titah sebelum ini dan beta ulangi, rakyat Malaysia dari semua kaum, agama, dan lokasi geografi perlu percaya tanpa sebarang keraguan bahawa mereka mempunyai tempat di bawah matahari Malaysia.”

Dalam titahnya semasa Persidangan Serantau Asia Tenggara Mengenai Maruah Manusia 2024, baginda menegaskan bahawa sikap toleransi dan inklusif adalah nilai-nilai asas kepada kemakmuran negara. Baginda memuji usaha-usaha yang dilakukan untuk mempromosikan perpaduan dan kebersamaan antara rakyat yang pelbagai.

Tema persidangan yang diangkat pada kali ini ialah “Dignity for Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories for Building Inclusive Societies” atau “Maruah untuk Semua Orang, di Mana-mana: Amalan Terbaik & Kisah Kejayaan untuk Membina Masyarakat Inklusif”.

Matlamat persidangan adalah untuk berkongsi kisah inspirasi dan amalan terbaik mengenai martabat manusia, mendedahkan realiti dan cabaran dalam memperjuangkan hak asasi manusia serta mendokumentasikan pencapaian penting dalam membina masyarakat inklusif.

Persidangan ini juga menyediakan peluang berharga untuk membina jaringan antara aktivis, ahli akademik dan pemimpin masyarakat daripada pelbagai kaum, etnik dan agama yang berdedikasi dalam memperjuangkan hak asasi manusia di peringkat global.

Dalam salah satu sesi bertajuk “Maruah Manusia untuk Kehidupan Bersama yang Damai,” Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Baharin, diberi penghormatan sebagai panelis untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau.

Beliau menekankan kepentingan memahami maksud ayat al-Quran dari surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal antara satu sama lain.”

Menurut Badlishah, taaruf yang bermaksud saling mengenali dalam firman Allah menyarankan agar manusia mewujudkan semangat saling bekerjasama dan berkolaborasi antara satu sama lain. Beliau juga mengaitkan konsep Fiqh at-Ta’ayush (fiqh kehidupan bersama), yang merujuk kepada hidup bersama dalam keadaan cinta dan harmoni.

Fiqh al-Ta’ayush menekankan bahawa kehidupan bersama bukan hanya melibatkan toleransi, tetapi juga saling menyokong dan bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni. Ia merupakan aspek penting dalam membina masyarakat inklusif yang menghargai maruah setiap individu.

Badlishah juga menekankan kepentingan membina jambatan, mencipta jaringan dan menumbuhkan kepercayaan antara komuniti dan kepercayaan yang berbeza untuk membina negara yang lebih baik.

Wakil IKRAM yang turut serta dalam persidangan ini ialah Naib Presiden, Prof Dr. Hanim Salleh; ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Pendidikan Masyarakat, Hj Roslan Mohamad dan ahli JKP Komunikasi Korporat, Hj. Azman Abd Rashid.

Pengalaman dan perbincangan sepanjang persidangan ini diharapkan akan memberi inspirasi dan dorongan untuk terus berjuang demi membina masyarakat Malaysia yang inklusif dan harmoni.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia