Budaya membaca, bercerita semakin dilupakan?

Kita semakin tidak perasan dengan arus kemodenan yang meragut nikmat membaca dan bercerita yang semakin kita abaikan, jauh ditinggalkan.

 

Ini menyebabkan generasi anak-anak kita melupai keberkesanan teknik membaca  dan pentingnya bercerita untuk menggarap kreatifnya minda mereka.

 

Kisah sejarah yang dibukukan tidak lagi mampu menarik minat anak-anak untuk dibaca, malah tidak menarik langsung untuk dilihat apatah lagi untuk disentuh. 

 

Kadangkala buku dipandang sepi oleh anak-anak zaman sekarang, canggihnya arus kemodenan mencantas, mencaras, malah kadangkala pengayaan teknik bahasa mereka juga jauh terpesong dan melangkaui kefahaman bahasa Melayu.  

 

Ini satu fenomena yang amat menyedihkan. Ini belum lagi bahasa-bahasa yang bercampur aduk yang digunakan  dalam penggunaan seharian digunakan dalam peperiksaan yang menghakis ketulenan bahasa akar bumi Melayu kita. 

 

Bukan marahkan kecanggihan teknologi yang mendesak runtuhnya keseimbangan penghayatan gaya bahasa yang digunakan, akan tetapi hilangnya nilai keberceritaan tersebut yang mana harus dimulakan di rumah.

 

Semakin kurangnya aktiviti membaca bersama keluarga pada masa kini dan lebih digantikan dengan dunia gajet, semakin menampakkan keruntuhan penggunaan bahasa anak-anak kita.

 

Membaca dan bercerita adalah teknik penyampaian yang telah lama wujud dalam masyarakat kita. 

 

Dengan membaca dan bercerita, ia dapat menyampaikan sesuatu cerita pada zaman dahulu dari suatu generasi ke generasi  umpama “tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” namun kita jua yang semakin culas untuk bercerita  kepada anak-anak zaman sekarang menyebabkan mereka lebih beralih kepada dunia gajet.

 

Sedangkan kanak-kanak menyimpan maklumat dari kecil dengan penghayatan mendengar iaitu bercerita daripada kesan membaca.

 

Namun bila mana fakta buku lebih dirampas oleh media yang canggih berserta video yang dipaparkan dengan penuh suntingan yang sangat berkesan memusnahkan fakta asal dan menyebabkan anak-anak kita terpengaruh dengan keadaan tersebut.

 

Malah anak-anak kita juga terpengaruh dengan gaya penggunaan bahasa yang telah bercampur aduk dan terlalu singkat, sehingga memesongkan kefahaman pembacaan yang umumnya.

 

Pada hari ini cerita tidak lagi disampaikan melalui cerita dongeng atau kisah  sejarah, namun telah diambil alih oleh kebanyakan filem dalam talian dan permainan gajet yang semakin menjadi bahan yang terpenting daripada sistem pembelajaran yang seharusnya diterapkan oleh ibu bapa di rumah.

 

Ia menunjukkan seolah-olah kesibukan para ibu bapa membenarkan kemusnahan  pada kebanyakan bahasa dan budaya anak-anak bangsa pada masa kini. Kesibukan ibu bapa menjadikan budaya bercerita dan membaca dalam kalangan anak-anak terputus, mereka juga lupa untuk menjadi kreatif dengan bahasa dan penggunaan bahasa sehingga merosakkan peribadi anak- anak.

 

Ini menjadikan anak-anak lebih memilih gaya bahasa yang kasar dan agak keras serta kadangkala perkataan mereka sungguh berani mengutarakan bahasa lucah dan tidak sopan.

 

Oleh itu, peningkatan pentingnya budaya  menegur penggunaan bahasa dan ejaan serta perkongsian kembali aktiviti membaca dan bercerita bersama keluarga adalah amat penting bagi memupuk kembali kualiti bahasa dan budaya kita.

 

Walaupun sedikit terlewat, kita perlu hidupkan kembali budaya bercerita dan membaca kepada anak-anak kita supaya kualiti bahasa Melayu kita terjaga.

 

Noraini Jaafar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia