Memahami Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan

Memahami Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan | IKRAM

KUALA LUMPUR  – Bagi merungkai dan menjelaskan salah faham yang sering timbul dalam kalangan masyarakat mengenai perlembagaan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)  telah menganjurkan Dialog Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan pada 4 September 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia.

Program ini merupakan usaha kerjasama antara IKRAM, Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan NGO Masyarakat India (i-25).

Timbalan Menteri Kementerian Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan memahami Perlembagaan Persekutuan sebagai asas perpaduan nasional.

Beliau berkata, “Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara. Sistem inilah yang sekian lama menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara serta membentuk Malaysia yang patriotik dan bersatu padu.”

Dialog ini diadakan untuk menjelaskan tiga konsep asas perlembagaan iaitu kontrak sosial, konvensyen perlembagaan dan diskriminasi perlindungan. Pemahaman terhadap konsep-konsep ini diharap dapat mengelakkan salah faham berkaitan isu-isu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Islam dan institusi beraja.

IKRAM melalui Kajian Dasar IKRAM (KADRI) telah membangunkan modul latihan “Memasyarakatkan Perlembagaan Malaysia” untuk menyelesaian isu ini menerusi kerjasama daripada Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (Universiti Kebangsaan Malaysia). Modul ini dijangka akan digunakan secara meluas di pelbagai peringkat termasuk agensi kerajaan, sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Menurut Saraswathy, inisiatif ini selaras dengan Dasar Perpaduan Negara yang diperkenalkan pada tahun 2021, yang bertujuan menjadikan perpaduan sebagai budaya dan amalan hidup rakyat Malaysia.

Presiden IKRAM, Tuan Hj. Badlishah Sham Baharin menyatakan dialog ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.

“Pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi antara etnik dan wilayah amat penting bagi menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang etnik,” ujar Badlishah dalam ucapan aluannya.

Program sehari ini dimulakan dengan ucaptama oleh Prof. Madya Dr. Nazri Muslim bertajuk “Hasrat Perlembagaan Malaysia”, diikuti dengan sesi dialog utama yang melibatkan panel pakar termasuk Prof. Datuk Dr. Shamrahayu binti A Aziz, Prof. Dr. Sivamurugan, Prof. Wong Chin Huat dan Prof. Madya Dr. Arnold Puyok.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin bin A Kasim; pimpinan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Dr Teh Peng Hong, Tan Chun Guan, Shivenncs Chin, Stanley Yong Yew Wei, Lu Ke Shuang dan Penyelaras Gabungan NGO-NGO Masyarakat India Malaysia (⁠⁠i-25), SP Nathan.

Wakil IKRAM yang hadir ialah Timbalan Presiden, Jusni Yusoff; Naib Presiden, Prof. Dr. Hanim Salleh; Setiausaha Agung, Shahrul Aman bin Mohd Saari dan Ahli Jawatankuasa Pusat  yang juga merupakan Pengarah Sambutan Bulan Kebangsaan, Dr. Sabariah Baharun. 

IKRAM berharap dialog ini akan menyumbang kepada peningkatan kefahaman masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan, seterusnya mendalami peranan dan kepentingannya dalam membentuk identiti dan kestabilan negara. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia