MEET 2021 bawa hasrat lonjakkan media dakwah

SERI KEMBANGAN – Program tahunan aktivis media IKRAM, Media Meet (MEET 2021) telah berlangsung dengan jayanya secara maya pada Sabtu, 30 Oktober 2021.

 

Timbalan Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin ketika merasmikan MEET 2021 berkata, media mempunyai satu alat yang berkuasa, ‘very powerful tool’ untuk menyampaikan mesej dakwah.

 

“Allah menyuruh kita berdakwah ini dengan menggunakan pelbagai saluran, sebagaimana bersesuaian dalam ayat 125 Surah An-Nahl.”

 

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…”

 

Menurutnya, hikmah kebijaksanaan ini menjadi refleksi kepada apa strategi media yang digunakan, apakah kandungan yang dibangunkan dan apakah cara penghantaran yang telah diguna pakai.

 

“Apakah target group kita dan apakah naratif paling sesuai untuk kita sampaikan kepada sasaran tersebut? Bagaimana pula target group itu untuk memberikan maklum balas kepada mesej kita?” soalnya.

 

Soalnya juga, apakah intenvensi yang telah dilakukan untuk mesej tersebut sampai?

 

“Ayat ini (An-Nahl ayat 125) memerlukan kita berfikir secara mendalam, bukan hanya keluarkan content secara semberono, tetapi dengan hikmah kebijaksanaan dan strategi dengan kita melakukan apa yang terbaik memastikan mesej naratif itu sampai kepada kumpulan sasaran masyarakat umum dan keseluruhannya di Malaysia ini.”

 

MEET 2021 dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Penerangan dan Perhubungan IKRAM, Haji Nahar Md Nor serta lebih 100 aktivis media IKRAM negeri dan kawasan di seluruh Malaysia.

 

Menariknya, setiap wakil pasukan media IKRAM negeri diberikan kesempatan membentangkan laporan dan pencapaian mereka.

 

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Penyiaran dan Komunikasi (JPK), Puan Siti Hamisah Manan turut membuat pembentangan mengenai perkembangan media IKRAM di peringkat pusat dan dapatan kaji selidik media IKRAM bagi tahun 2021.

 

Anugerah Media Negeri menjadi acara kemuncak dalam program tahunan aktivis media IKRAM bagi menghargai kesungguhan dan usaha pasukan media IKRAM negeri dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

 

Dalam anugerah ini, IKRAM Johor berjaya merangkul Anugerah Media Negeri Terbaik yang memperoleh hadiah RM3,000, tempat kedua pula ialah IKRAM Selangor yang membawa pulang RM2,000 dan tempat ketiga ialah IKRAM Kuala Lumpur yang mendapat RM1,100.

 

IKRAM Kelantan pula menerima anugerah khas iaitu Anugerah Media Negeri Harapan yang menerima RM1,000, manakala negeri-negeri lain memperoleh sagu hati.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia