Medical4Gaza bekal ubatan, rawat penduduk Gaza

“Inisiatif pasaraya Econsave dan MyCARE membantu rakyat Palestin adalah kerjasama yang baik dan membanggakan,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan pelancaran kempen tersebut di Econsave Alam Jaya pada Ahad lalu.

“Pihak kerajaan mengalu-alukan inisiatif murni MyCARE dan Econsave menjalinkan kerjasama bagi membantu rakyat Palestin. Saya dimaklumkan pasaraya Econsave adalah rangkaian pasar raya terbesar yang aktif dalam memberi bantuan kepada mereka yang kurang benasib baik.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, bantuan perubatan menjadi keutamaan buat MyCARE di Gaza pada masa ini kerana bekalannya semakin berkurangan akibat serangan tentera Zionis Israel ke atas orang awam dalam perhimpunan The Great Return March.

“Serangan di Gaza masih berterusan sehingga kini. Pada 8 Februari lalu, Pegawai Kesihatan Gaza melaporkan dua orang remaja Palestin berumur 14 dan 18 tahun ditembak mati. Sekurang-kurangnya 249 orang penduduk Palestin terkorban akibat ditembak tentera Israel semasa melakukan bantahan sejak Mac tahun lepas.”

“Hospital-hospital di Gaza mengalami masalah kekurangan bekalan perubatan akibat tentera Zionis Israel semakin giat melancarkan serangan. Justeru, hospital tidak lagi mampu menampung keperluan mangsa yang cedera kerana jumlah kecederaa terlalu tinggi,” tambah beliau.

Turut hadir dalam majlis pelancaran adalah Pengarah Eksekutif Econsave, Mr Lai Sia Ling, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Dr Khalid Ibrahim dan wakil Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ahmad Khudari dan Pengurus Besar Econsave, En Mas Imran Adam.

MyCARE berjaya memasuki Gaza pada bulan Ramadan tahun lalu melalui satu misi kemanusiaan. Wakil MyCARE, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berpeluang bertemu dengan Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Dr Yusof Aburrish dan mengenal pasti lebih daripada 7,000 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan pembedahan dan rawatan segera.

Keperluan peralatan terkini serta tenaga pakar tidak mencukupi di hospital-hospital di Gaza. Dr. Zin turut diberikan pengalaman melawat salah sebuah bilik bedah di sebuah hospital dan amat terperanjat melihat peralatan asas yang sudah uzur bagi melakukan kerja-kerja pembedahan.

MyCARE dalam perancangan menghantar keperluan tenaga pakar dari Malaysia seramai 60 orang doktor secara berperingkat. Untuk fasa pertama,15 orang doktor akan dihantar ke Gaza dan berkhidmat selama 10 sehingga 15 hari.

Antara pihak yang akan bekerjasama dalam projek ini ialah Kementerian Kesihatan Gaza, Al-Quds Hospital (Gaza City), Dar Assalam Hospital (Khan Younis), Kuwait Hospital (Rafah), Awda Hospital (Jabalia), Yafa Medical Centre (Deir Al Balah) dan pejabat MyCARE Gaza.

Kempen Medical4Gaza dilaksanakan dalam bentuk aktiviti pameran di cawangan-cawangan Econsave terpilih dan tabung-tabung sumbangan Medical4Gaza akan ditempatkan di setiap cawangan Econsave di seluruh negara.

Pihak MyCARE mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang prihatin kepada isu-isu kemanusiaan untuk terus menyalurkan sumbangan anda menerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank 551575004299, CIMB Islamic 8602135592 atau Bank Islam 12092010034904.

Sumber: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia