Medan perbahasan belia depani cabaran globalisasi

Multaqa anjuran Kumpulan Kerja Belia dan Ilmuwan Muda – Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bahagian Kepimpinan Belia YADIM ini turut dihadiri Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari. 

Multaqa yang bertemakan “Belia Islam… 10 Tahun Akan Datang” telah dihadiri oleh seramai hampir 200 orang daripada golongan belia yang terdiri daripada pimpinan NGO belia, pimpinan mahasiswa, ikon anak muda, ahli sukan, penyelidik muda, usahawan muda dan aktivis muda masyarakat.

Isu-isu yang dibincangkan dalam multaqa ini merangkumi tiga aspek utama yang dihadapi oleh golongan belia pada masa kini iaitu ekonomi, sosial dan pendidikan yang bentangkan oleh Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Dr Haslinda Abdullah, Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Mohd Nizam Mahshar, Pengarah Eksekutif Citizens International (Kuala Lumpur).

    

Perbahasan oleh Marwan dan Nik Fatma Amirah serta Shahrul Aman bersama sebahagian wakil Belia IKRAM

Antara wakil Belia IKRAM yang berbahas dan mengutarakan pendapat hasil pembentangan adalah Saudara Marwan Abdullah, Presiden IKRAM Siswa yang memberikan pendapat tentang perpaduan belia Islam dan belia Malaysia dan Saudari Nik Fatma Amirah Nik Muhamad yang mengutarakan tentang isu TPPA dan kemandirian graduan negara beserta cadangan solusi yang praktikal.

Selain itu, turut tampil dalam kalangan Belia IKRAM yang memberikan pendapat yang bernas dan mantap antaranya Saudara Taqiyuddin Shahriman, Saudara Mohd Izzat Lesly dan Saudara Asmaaliff Abdul Adam.

Semoga semua ilmu hasil pembentangan, pendapat dan perbahasan daripada multaqa ini dapat dimanfaatkan generasi belia pada masa hadapan demi Malaysia Menuju Negara Rahmah, insya-Allah.

 

Kredit: Nik Fatma Amirah Nik Muhamad

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia