Mecca Route: Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi

SEPANG – Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program ‘Mecca Route’ yang dimulakan secara rintis pada 2017, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata, ketika dilaksanakan enam tahun lepas, Malaysia merupakan negara tunggal yang dipilih Kerajaan Arab Saudi untuk projek rintis program itu sebelum disusuli pada tahun seterusnya dengan penyertaan Pakistan, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang memberi kepercayaan kepada Malaysia.”

“Ini adalah satu daripada perkhidmatan terbaik dan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arab Saudi. Kami sedia bekerjasama dalam bidang-bidang lain,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke kaunter khas Jabatan Imigresen dan Imigresen Arab Saudi bagi program ‘Mecca Route’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Menyifatkan program itu sebagai program istimewa kepada bakal jemaah haji Malaysia, Zambry berkata, ia mempercepatkan proses dokumentasi bakal jemaah haji tanpa perlu bersesak dengan penumpang bagi destinasi lain.

“Ini merupakan pendekatan kreatif yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi. Bukan semua negara dapat keistimewaan seumpama ini,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi yang masih meneruskan program ‘Mecca Route’ yang membolehkan bakal jemaah haji Malaysia ke Makkah tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa, sebaik tiba di lapangan terbang negara itu.

Menerusi program itu, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA bagi program itu akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Sementara itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim, mendoakan jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur. 

“Kami gembira untuk memudah cara jemaah haji Malaysia dan Alhamdulillah, insya-Allah mereka akan mendapat haji yang mabrur,” katanya.

Pada majlis pelepasan kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia 20 Mei lepas, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman dilaporkan berkata, seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia