MCA Kunjungi IKRAM Bina Hubungan, Bertukar Pandangan

MCA Kunjungi IKRAM Bina Hubungan, Bertukar Pandangan

SERI KEMBANGAN – Biro Penyelarasan Pergerakan Masyarakat MCA telah membuat kunjungan hormat ke Pertubuhan IKRAM Malaysia pada hari ini bagi membina hubungan profesional antara kedua-dua belah pihak pada Selasa.

Ini adalah kunjungan kedua daripada pihak MCA sejak kunjungan Biro Undang-Undang Pemuda MCA pada tahun 2017.

Berlangsung secara terbuka dan harmoni, ziarah ini bertujuan untuk saling mengenali dan bertukar pendapat, termasuk berbincang dan memberikan pandangan berkaitan isu semasa.

Kunjungan ini turut memperkenalkan IKRAM sebagai pertubuhan dakwah, tarbiah, khidmat dan islah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawahnya dalam mencapai misi membangunkan Malaysia sebagai negara rahmah.

Delegasi MCA yang diketuai oleh Pengerusi Biro, Saw Yee Fung menyatakan bahawa pertemuan ini adalah inisiatif untuk mendekati pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang ada sebagai langkah proaktif untuk memainkan peranan yang lebih baik terhadap masyarakat sivil.

Menurutnya, NGO lebih memahami masyarakat awam di peringkat akar umbi menerusi kerja mereka di medan.

“Kami memerlukan input daripada masyarakat terutamanya daripada NGO untuk isu-isu tertentu.”

Jelas beliau, mereka perlu belajar daripada semua lapisan masyarakat dan bersedia untuk berkolaborasi demi kebaikan negara.

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari menyatakan kesediaan IKRAM untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak melangkaui sempadan politik, dalam masa yang sama menghormati batas masing-masing demi kebaikan sejagat.

Tambahnya, IKRAM bersedia untuk menjadi rujukan bagi isu-isu yang diperlukan terutamanya berkaitan umat Islam. Jelas beliau, terdapat kepelbagaian dalam perpaduan.

“IKRAM cuba menjadi pihak yang mengambil pendekatan sederhana dalam setiap permasalahan dan mengutamakan kedamaian.”

Delegasi MCA turut disertai oleh empat Ahli Jawatankuasa Biro yang lain iaitu Tee Tian Leng (Melaka), Matt Hew (Negeri Sembilan), Kelvin (AJK Pusat Pemuda MCA) dan Sylvia Sim (Sekretariat).

Turut bersama-sama dalam pertemuan itu Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM iaitu Dr Hj Hasbullah Ashari, Hj Azman Abd Rashid dan Dr Sabariah Baharun.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia