MB Selangor Baharu: Kenyataan Media IKRAM Siswa

IKRAM Siswa mewakili sebahagian daripada golongan mahasiswa yang mempunyai 5 buah Cawangan di Negeri Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Mohamed Azmin Ali yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada pagi ini, 23 September 2014.

IKRAM Siswa seterusnya ingin menegaskan bahawa seluruh tumpuan kini terarah kepada YAB Azmin. Seharusnya, beliau mampu membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa pentadbiran beliau adalah lebih baik dan cemerlang daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebelum ini. Sudah pastinya YAB Azmin tidak mahu diturunkan pula oleh partinya nanti sebagaimana yang terjadi kepada TSKI.

Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menurunkan TSKI daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan menggantikannya dengan Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menimbulkan polemik politik di negeri Selangor yang bukan sahaja telah mengelirukan rakyat Selangor, tetapi juga telah mengelirukan rakan seangkatan PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Dengan perlantikan YAB Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang baru ini, IKRAM Siswa berharap agar konflik politik yang terdapat dalam PR khususnya antara PKR dan PAS dapat ditamatkan segera dan tidak terus menjadi bebanan berita kepada rakyat. PR seharusnya mula kembali fokus kepada memimpin Negeri Selangor ke arah yang lebih baik, bukannya berkelahi sesama sendiri. YAB Azmin perlu sedar bahawa beliau kini bukan hanya Timbalan Presiden PKR, tetapi merupakan figura nombor satu  yang menerajui kepimpinan negeri Selangor.

IKRAM Siswa juga menyeru agar YAB Azmin Ali dan pasukan barunya nanti akan dapat menjalankan tugasan mentadbir Negeri Selangor kali ini dengan penuh rasa amanah, bertanggung jawab serta takut akan Tuhan bagi meyakinkan semula rakyat Selangor khususnya mahasiswa kepada pentadbiran kerajaan PR.


*Muhammad Mus’ab bin Muzahar ialah Timbalan Presiden IKRAM Siswa Nasional merangkap Pengerusi JK Politik IKRAM Siswa Nasional

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia