Masjid Terbuka jelas keindahan Islam

“(Aktiviti) Jelajah Masjid telah menyaksikan ramai teman-teman bukan Islam yang sebelum ini merasa takut dengan masjid telah mula merubah cara pandang mereka,” kata wakil IKRAM Kawasan Selayang.

Tambahannya, masjid merupakan pusat aktiviti umat Islam sejak awal zaman Nabi Muhammad SAW dan terbuka untuk semua hadir dan mengenali tentang Islam.

Program anjuran Masjid Al-Faizin, IKRAM Kawasan Selayang, Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Interactive Dakwah Training (IDT) ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Zainal Abidin Sulaiman, Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

  

Pendaftaran program dan para pengunjung mencuba memakai hijab

Menariknya, kupon percuma telah disediakan kepada pengunjung bukan Islam yang mendaftar seterusnya mereka boleh membeli makanan mahupun barangan runcit yang dijual dengan percuma.

Selain Jelajah Masjid, program setengah hari ini dimeriahkan lagi pelbagai aktiviti antaranya jualan pelbagai makanan Cina, India dan Melayu, forum Halal Hub, hijab photo booth, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran denggi, Malaysians Against Pornography (MAP), E-cycle dan memanah.

  

Pengunjung diterangkan tentang Islam, masjid dan ibadah dalam acara Jelajah Masjid

“Antara tetamu yang hadir ialah pengerusi dan wakil ketua NGO agama yang telah diziarahi sebelum penganjuran masjid terbuka ini iaitu Kuil Thirumurugan, Tokong Buddhist Samnak Sambodhi & Chapel of Christ the Light, Taman Desa Jaya,” tambah wakil tersebut.

Dengan penganjuran Masjid Terbuka ini, diharapkan masyarakat bukan Islam di sekitar masjid ini akan lebih memahami Islam dan fungsi masjid seterusnya mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini, insya-Allah.

Lagi foto program: http://bit.ly/2FRYRYf

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia