Persetujuan mengenai perkara tersebut dicapai hasil daripada pertemuan Yang Dipertua (YDP) IKRAM Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan baru-baru ini.
Dr Sharani berkata demikian ketika mengumumkan satu majlis iftar (berbuka puasa) melibatkan IKRAM Kota Bharu dan masyarakat setempat yang akan diadakan di masjid tersebut pada hari Sabtu, 13 Ogos ini.
Majlis iftar berkenaan akan bermula dengan solat Asar berjemaah dan diikuti dengan majlis pelancaran pusat aktiviti dakwah IKRAM oleh YDP IKRAM Negeri Kelantan, Ustaz Abdullah Tahmin Abdul Latif.
Acara-acara lain pada majlis tersebut adalah majlis penyerahan sumbangan Ramadan Islamic Relief Malaysia-IKRAM Kota Bharu kepada masyarakat setempat dan dikuti dengan ceramah khas oleh YDP IKRAM Kelantan.