Masa depan yang lebih saksama untuk wanita

Selain itu, ia bertujuan menghargai pengorbanan wanita serta mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

 

“Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di mana sahaja berada,” kata Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh bersempena sambutan itu pada tahun ini yang bertemakan ‘Kepimpinan Wanita Pasca COVID-19: Pilih untuk Saksama’.

 

Perlulah diketahui, hak yang dituntut oleh golongan wanita sewajarnya perlu berlandaskan lunas-lunas agama yang meraikan fitrah manusiawi dan kekuatan serta kelemahan kedua-dua golongan lelaki dan wanita, yang mana dalam menuntut keadilan, prinsip kesaksamaan perlu ditekankan.

 

“Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan kemampuan diri dan tampil mengambil kedudukan memimpin serta membimbing ahli keluarga juga masyarakat.”

 

Beliau berkata, hal ini perlu untuk mengisi ruang-ruang pembangunan yang ada demi membela dan memartabatkan kedudukan wanita yang disesuaikan dengan peranan dan tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

 

“Teruslah berusaha mendorong dan mengingatkan kaum lelaki, suami serta bapa agar terus berperanan sebagai pelindung kepada wanita walau di mana sahaja mereka berada,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, anak-anak lelaki perlu dididik untuk memahami tanggungjawab ini.

 

“Oleh yang demikian, semestinya mereka memerlukan sokongan padu daripada suami dan keluarga khususnya, serta masyarakat dan pihak berwajib amnya.”

 

Tegasnya, wanita ke hadapan bukan bertujuan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab asas kaum lelaki yang telah diamanahkan kepada mereka, tetapi untuk saling melengkapkan dalam menyumbang kepada kesejahteraan umat dan negara.”

 

Beliau juga menyeru agar wanita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secara berterusan.
“Bekalan diri ini diperlukan dalam meneruskan perjuangan membela nasib golongan wanita terpinggir mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syariat.”

 

Selain itu, wanita disaran agar mengambil peranan dalam menentukan kepimpinan negara bagi memastikan agenda pembelaan kepada kaum wanita dan pembangunan negara dilaksanakan dengan adil dan saksama.

 

“Wanita perlu menyedari bahawa pengaruh dan sokongan kita mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara harmoni yang bebas daripada segala penyelewengan dan rasuah,” jelas Sallawahiu sambil menyatakan harapannya agar dunia pasca Covid-19 membawa masa depan yang lebih saksama untuk wanita keseluruhannya.

 

Menurutnya, kajian mendapati sebanyak 80 peratus wanita daripada ibu tunggal mengalami tekanan emosi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar tempatan telah banyak melaporkan kesan langsung pandemik Covid-19 terhadap golongan wanita, sebagaimana BH Online pada 6 April 2020 melaporkan bahawa seramai 190,000 orang telah terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

 

Impak negatif terhadap sosioekonomi golongan wanita kini telah banyak dihurai oleh kajian di peringkat antarabangsa, yang mana kebiasaannya golongan wanitalah yang terpaksa memikul peranan tambahan dalam mengurus rumah tangga, anak-anak atau penjaga informal (informal caregiver) bagi ahli keluarga yang sakit di samping bekerja sepenuh masa dari rumah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia