“Mari kumpul RM6 juta untuk Palestin!” – Aqsa Syarif

Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Dr Tahir Abdul Rahman berkata kutipan dana secara besar-besaran yang menyasarkan RM6 juta ini akan dihantar secepat mungkin ke sana dan pihaknya juga sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan ke sana.

“Aqsa Syarif menyeru semua pihak terutamanya PBB dan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah diplomatik yang proaktif untuk menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.

“Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih banyak korban nyawa dan kerosakan harta benda,” ujarnya.

Jelas Dr Tahir lagi, Operatian Protective Edge yang dilakukan ini adalah dalam cubaan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin di sana.

Ketika sidang media berlangsung, turut diadakan lintas langsung bersama Pegawai Serantau, Aqsa Syarif Gaza, Eng Ahmad Thabat Al-Hafiz yang turut berkongsi statistik terkini mangsa serangan rejim Israel.

Ujar Ahmad, setakat lima hari serangan yang bermula awal pagi 8 Julai lalu, serangan rejim Israel telah mengakibatkan korban angka kematian sebanyak 91 orang, manakala 642 tercedera yang sebahagiannya merupakan kanak-kanak dan wanita.

Ahmad turut memberitahu kakitangan Aqsa Syarif di sana juga menyatakan bahawa mereka turut diarahkan untuk berpindah keluar kerana dijangka akan turut menjadi sasaran rejim Israel.

Tambah Ahmad lagi, pejabat Aqsa Syarif yang berpusat di Palestin juga telah menghantar bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin dan mereka amat memerlukan bantuan berterusan bagi terus menampung keperluan asas mereka.

Menurut beberapa berita tempatan, Israel telah mengisytiharkan perang ketiga ke atas Gaza ini dengan menamakannya ‘Operasi Batu Konkrit’.

Memetik kenyataan media Aqsa Syarif, serangan ke atas Gaza ini merupakan rentetan kepada ‘Operation Brother’s Keeper’ yang dilancarkan tentera rejim Israel bagi menjejaki suspek dan mangsa penculikan tiga orang remaja Israel dari penempatan haram Yahudi di Hebron.

“Israel telah menuduh Hamas sebagai dalang penculikan tetapi Hamas menafikannya. Ketiga-tiga mangsa ini kemudiannya telah dijumpai mati dan keganasan mula tercetus apabil seorang remaja Palestin telah diculik dan dibakar hidup-hidup oleh kumpulan ekstremis Yahudi dalam satu insiden yang dipercayai sebagai tindakan balas dendam (price-tag attack).

“Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga sedang melakukan persiapan bagi merempuh Gaza melalui serangan darat sekiranya situasi memerlukan mereka berbuat demikian dan terbaru beliau telah mengarah 40,000 tentera simpanan untuk bersiap sedia,” ujar kenyataan media tersebut.

Sementara itu, pada Sabtu ini, akan diadakan kutipan dana yang bakal dilaksanakan kumpulan penunggang motosikal berkuasa besar yang sebelum ini turut sama terlibat berkerjasama dengan Aqsa Syarif dalam acara Global March to Jerusalem.

Wakil bikers dari Srikandi Perwani D’Hearty, Rozaidah Shahbudin berkata, mereka terpanggil untuk membantu Aqsa Syarif selepas melihat usaha berterusan yang dilakukan NGO tersebut untuk membantu penduduk Palestin.

“Kami akan membantu Aqsa Syarif dengan melancarkan gerak gempur untuk mendapatkan dana kecemasan gaza dengan berkunjung ke bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahaman dan Kampung Baru esok (12 Julai),” ujarnya.

Pihak Aqsa Syarif Berhad turut mengambil kesempatan menyeru dan mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu rakyat Palestin dengan menyalurkan sumbangan ikhlas terus ke akaun Aqsa Syarif Berhad, Maybank Islamic (551575-004299) atau  Bank Islam (1209-20100-34904).

Sebarang pertanyaan lanjut  boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-8733 4636 atau 013 744 4760 atau melayari laman sesawang www.aqsasyarif.org.my atau Facebook Aqsa Syarif bagi mengetahui perkembangan terkini keadaan di Palestin.

 

 


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia