Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim terima pakaian sekolah

“Sumbangan tersebut bagi menggantikan pakaian mereka yang terpaksa dilupuskan seluruhnya lantaran terkena pecemaran bahan kimia semasa krisis tersebut,” kata Ketua Pengurusan Yayasan IKRAM Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Sumbangan telah disampaikan oleh beliau dalam satu majlis yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih di sini pada 14 April lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Kluster Khidmat Masyarakat dan Kebajikan IKRAM berkata, pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada empat buah sekolah berdekatan dengan Sungai Kim Kim.

“(Sekolah-sekolah tersebut ialah) Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort.”

Turut hadir semasa penyampaian tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tn Hj Mohd Nasir Mohd Yunus, Pengurus Yayasan IKRAM Malaysia (Johor), Cikgu Ramlee, Guru Besar SK Taman Pasir Putih, Cikgu Abd Rashid dan tuan rumah program, Pengetua SMK Taman Pasir Putih iaitu Cikgu Wardah.

Selain penyerahan sumbangan, majlis turut diserikan dengan perkongsian mengenai ‘hazard’ dalam persekitaran oleh perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), En Ahmadon Bakri.

Sebelumnya telah berlaku kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan supaya ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia