Mangsa Banjir Meningkat 63,415 Orang

Mangsa Banjir Meningkat 63,415 Orang | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Laporan terkini  Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menunjukkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 63,415 orang melibatkan 17,377 buah keluarga, setakat 6.30 pagi Selasa.

Lima negeri yang terlibat dengan banjir ialah Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Berdasarkan laporan tersebut, Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 37,021 orang, manakala Kelantan merekodkan sejumlah 25,353 mangsa.

Pahang pula mencatatkan 934 mangsa, manakala di Johor, seramai 53 mangsa terjejas dengan banjir dan Perak merekodkan 17 mangsa.

Di Terengganu, daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 11,613 diikuti dengan Besut iaitu seramai 8,228 mangsa.

Manakala di Kelantan, daerah Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,322 orang, diikuti dengan Pasir Puteh dengan 4,379 mangsa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia