Mangsa Banjir 4 negeri Menurun Kepada 41,037 Orang

Mangsa Banjir 4 negeri Menurun Kepada 41,037 Orang | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus menunjukkan penurunan kepada 41,037 orang setakat tengah hari ini berbanding 41,994 orang malam tadi.

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 40,746 orang setakat 12 tengah hari ini, berbanding 41,661 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, seramai 11,464 keluarga masih ditempatkan di 136 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di empat daerah.

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,301 orang daripada 10,963 keluarga, diikuti Muar dengan 635 orang (197 keluarga), Tangkak dengan 576 orang (241 keluarga) dan Segamat pula dengan 234 orang (63 keluarga).

Empat sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok pada paras 19.47 meter (m), Sungai Senggarang di Senggarang (3.63 m), Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.40 m) dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong (2.05 m) serta Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) mencatatkan 3.57 m.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir di Jasin terus menurun kepada 55 mangsa daripada 13 keluarga setakat 12 tengah hari ini, berbanding 87 orang daripada 20 keluarga malam tadi susulan empat PPS ditutup secara berperingkat sejak semalam.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.

Di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir tengah hari ini menurun kepada 145 orang berbanding 155 orang daripada 54 keluarga malam tadi yang ditempatkan di dua PPS di Rompin.

Sementara itu di Sarawak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir masih kekal 91 orang daripada 18 keluarga melibatkan kawasan Kuching yang ditempatkan di PPS Dewan Sinaran Lumut dan PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun setakat 12 tengah hari ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia