Malaysia Prihatin: Mari Kita Bina Bersama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur kepada Allah SWT kerana hari ini kita masih berkesempatan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-63 negara kita, Malaysia yang telah mencapai status sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

 

Dalam sambutan ini, kita perlu memahami hakikat kemerdekaan, bagaimana ia sepatutnya diisi atau disambut, dipertahankan oleh rakyat dan kerajaan, dan bagaimana ia dapat dijadikan asas kepada perkembangan negara menuju sebuah negara rahmah.

 

Kemerdekaan sebenar sesebuah negara dan masyarakat adalah kebebasannya daripada cengkaman-cengkaman kehidupan yang membelenggu pilihan dan kebebasan mereka seperti cengkaman nafsu, pemikiran dan pemahaman salah, perbuatan jahat, cengkaman syaitan, taghut dan manusia yang jahat.

 

Apabila wujud kemerdekaan yang demikian, sesebuah negara dan masyarakat akan bergerak bebas mengendalikan perjalanan hidupnya berasaskan pilihannya sendiri dengan penuh kebijaksanaan, aktif melakukan kerja-kerja kebaikan yang akan memajukan negara dan kehidupan masyarakatnya serta memakmurkan dunia dan hubungan sesama manusia sejagat.

 

Pada tahun ini, Malaysia dan dunia diuji dengan pandemik COVID-19 dan rakyat terpaksa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang telah dilanjutkan tempohnya hingga 31 Disember 2020.

 

Penghargaan yang tinggi harus diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berusaha dengan pelbagai inisiatif bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak yang berbahaya ini.

 

Walaupun begitu, tidak dapat tidak negara terpaksa menghadapi kesan kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat selepas tempoh PKP dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang dilakukan kerajaan bagi menangani cabaran besar ini.

 

Sebagai sebuah pertubuhan Islam yang prihatin, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yakin negara kita mampu menghadapi cabaran ini dengan pemulihan semula ekonominya secara berperingkat dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan agar kadar pengangguran dalam kalangan rakyat berkurangan, insya-Allah.

 

Kita juga mesti menyuburkan lagi usaha perpaduan nasional yang menjadi nadi kemajuan negara, memastikan kepimpinan negara dalam kalangan mereka yang kompeten dan berintegriti, membina masyarakat yang berakhlak dan progresif serta melakukan reformasi terhadap institusi kenegaraan.

 

Di samping itu, perjalanan demokrasi negara perlu disuburkan dan gejala-gejala tidak sihat amalan kehidupan bernegara seperti salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan dan manipulasi isu perkauman dan agama perlu dijauhkan dan dibanteras agar negara dapat dipacu dengan efektif dan bergerak maju ke hadapan.

 

Dengan segala usaha ini, IKRAM percaya negara mampu dipacu pembinaannya sebagai sebuah negara dan masyarakat yang berkembang maju dan kuat serta mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi sehingga ia menjadi negara yang berprestasi tinggi serta menjadi ikutan dan contoh kepada negara serantau dan antarabangsa.

 

Justeru, IKRAM menyatakan komitmen untuk terus bersama-sama menjayakan matlamatnya untuk memacu pembinaan sebuah Negara Rahmah melalui pelbagai institusi dan agensinya dalam aspek kebajikan, dakwah, kemanusiaan, pendidikan, keilmuan, ekonomi, perpaduan dan pembangunan masyarakat.

 

Sempena Hari Kemerdekaan ini, IKRAM mendoakan agar semua pemimpin dan rakyat Malaysia akan terus melaksanakan tugas mereka dengan sebaik-baiknya, tulus ikhlas dalam memajukan negara serta meningkatkan kesejahteraan kehidupan dan Malaysia dapat dibina agar menjadi sebuah Negara Rahmah Mithali, negara contoh yang berjaya menggerakkan pembangunan sebuah tamadun kemanusiaan dan menyantuni masyarakat sejagat.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran: 104)

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63.

“Malaysia Prihatin: Mari Kita Bina Bersama”

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia