Malaysia masuki fasa pemulihan, laksana kriteria WHO

“Momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Jelas beliau, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan daripada RO 3.55 kepada kurang daripada satu.

 

Sementara itu, sebahagian daripada enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berjaya dilaksanakan Malaysia sebelum menamatkan PKP.

 

“Antara kriteria yang telah dipenuhi adalah mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 selain kebolehjangkitan di negara ini dapat dikawal,” ujar beliau.

 

Beliau berkata, KKM berjaya kurangkan kebolehjangkitan dan memasukkan pesakit positif (bergejala ringan atau tidak bergejala) ke hospital untuk dirawat.

“Kami juga telah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan pendekatan sasaran di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan yang banyak bagi memastikan tiada penularan kes dalam kalangan komuniti.”

 

Menurutnya, kriteria lain juga telah dilakukan kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan adalah melalui aspek kawalan persempadanan negara.

 

“Kriteria ini benar-benar dilakukan bagi memastikan kawalan tersebut terus diperketatkan kerana didapati wujud kes positif selepas mereka pulang dari luar negara.”

 

Jelas beliau lagi, kriteria ketiga pula adalah mencapai sistem kesihatan dan keupayaan untuk mengesan jangkitan termasuk kontak rapat selain melakukan proses kuarantin.

 

“Ini sekali gus menunjukkan keupayaan hospital dalam merawat COVID-19,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kriteria keempat yang turut menjadi kejayaan Malaysia dalam memutuskan rantaian itu adalah dengan mengamalkan normal baharu seperti penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan yang diambil setiap individu.

“Kita juga melihat tanggungjawab dan kerjasama komuniti untuk mengawal penularan wabak ini serta mengambil langkah positif dalam pencegahan untuk melindungi komuniti khususnya golongan berisiko tinggi.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia