Malaysia masih kekal 4 angka sehari

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,680 kes tempatan, 10 kes import direkodkan,” demikian ujar beliau menerusi Twitter rasminya.

 

Tambahnya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.12.

 

Dalam pada itu, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini lebih 146.72 juta kes dengan 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.07 juta kes, diikuti India dengan 16.96 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.30 juta kes.

 

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, sementara Rusia, Turki dan United Kingdom melebihi 4 juta kes.

 

Afrika Selatan, Czech, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

 

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Lebanon, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia, manakala negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

 

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 3.1 juta kes dengan AS masih kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu lebih 572,000 kes.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia