Selain dalam bentuk RM, sumbangan matawang lain juga tidak terkecuali. Jumlah sumbangan diumumkan oleh Ir Abdul Rashid Zainuddin, Pengerusi JK Malam Badar pada penguhujung program di mana wang tunai JOD 3 (Jordan Dinar), SAR 2 (Saudi Riyal), CND 5 (Canada Dollar), €10 (Euro), SGD $144 (Singapore Dollar) dan ¥2000 (Japan Yen) turut dikumpulkan sehingga malam tersebut di samping dua bentuk cincin emas, sepasang subang emas dan emas jongkong seberat 4.25 gram.
Malam Badar yang mengambil semangat sempena pengorbanan Ghazwah Badar al-Kubra pada bulan Ramadhan, menghimpunkan warga Hidayah, baik ibubapa, guru, pelajar, alumni maupun masyarakat setempat dan kenalan lain, bagi mengutip dana bagi perkembangan sekolah, samada dari segi fizikalnya maupun dari segi modal insan.
Majlis bermula dengan iftar, dengan penyertaan sekitar 1,000 orang diikuti oleh perkongsian oleh Prof Madya Ust Ajmain Safar, Yang Dipertua IKRAM Kulaijaya selepas Maghrib, yang bertajuk Badar dan Iktibarnya.
Sungguh, Ramadhan menyuburkan semangat infak. Sumbangan tidak terhenti di situ. Bagi makanan iftar, para dermawan turut menginfakkan seekor lembu, 10 ekor kambing, 20 ekor ayam, RM600 untuk beras, RM690 untuk kuih-muih, 30 kg kurma, 1,200 cawan air mineral, RM600 untuk buah-buahan dan RM200 untuk minyak di samping barang makanan yang dibawa untuk jamuan pada malam tersebut.
Malam Badar juga telah menampilkan hasil tarbiah Sekolah Islam Hidayah iaitu Saifullah Azhar sebagai imam solat Maghrib, serta Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam dan Zahin bin Tahir sebagai imam solat Tarawih. Mereka kini sedang menamatkan tahfiz al-Quran mereka di sekolah ini.
Tabung Kebajikan Staf Hidayah turut dilancarkan pada malam tersebut bagi membantu guru dan staf bukan akademik sekolah yang mengalami kesulitan atau musibah. Tabung tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Prof Madya Dr Md Nor Bakar, yang akan mula beroperasi pada 1 September 2011.
Gambar ihsan: Facebook Lotfi Al-Fikri