Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre: Sumbangan bermakna, saudara baru ceria

Di Pulau Pinang, MIPHC telah diadakan pada Sabtu 13 Ogos lalu di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Sebanyak RM67,000 sumbangan berjaya dikumpul hasil jualan meja dan kerusi untuk majlis tersebut dengan kehadiran lebih 400 penyumbang. Majlis dirasmikan Tn Hj Muhammad Abdullah @Nicholas Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre Pusat.

MIPHC Pulau Pinang

Forum “Islam Rahmat Seluruh Alam” diadakan menampilkan Tn Hj Muhammad sendiri, Bro Lim Jooi Soon daripada PERKIM dan Presiden Islamic Propogation Society International (IPSI) Tn Hj Kamaruddin Abdullah disertai dengan tazkirah malam oleh Dr Danial Zainal Abidin.

Di peringkat pusat, MIPHC turut diadakan di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Sabtu 20 Ogos lalu yang dirasmikan oleh Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh mewakili Presiden IKRAM. MIPHC kali ini berjaya mengumpul dana lebih RM190,000 dengan kehadiran 900 penyumbang.

MIPHC Pusat

Majlis ini turut diserikan dengan forum dengan tajuk yang sama menampilkan panelis Imam Muda Hassan, Sister Chan Li Jin dan Ust Mohd Fitri Abdullah yang dipengerusikan oleh Hj Kamarul Zaman Abdullah, Naib Pengerusi JK Dakwah IKRAM Pusat, di samping persembahan khas oleh artis Studio Mualaf. Serentak dengan majlis di pusat, MIPHC Pahang juga telah dijayakan di City Hall Cafe, Wisma Belia di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Lebih RM50,000 sumbangan berjaya dikumpulkan.

Di Sabah, MIPHC telah diadakan di Grand Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu yang telah dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah pada Ahad 21 Ogos lalu. Turut hadir adalah Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dan isteri.

MIPHC Sabah

Forum bertajuk “Memperkasakan Saudara Baharu” dipengerusikan oleh Sdr Marsus Jabar, Pengarah Program MIPHC Sabah. Ahli panel adalah Prof Hatta sendiri, Pengerusi Hidayah Centre Tn Hj Muhammad, Ust Sulimin Musinin daripada Jabatan Pelajaran Sabah dan Sdr Janis Abdullah.

Serentak dengan majlis di Sabah, MIPHC turut diadakan buat julung kalinya di bumi Sarawak bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching. Sumbangan untuk saudara baru, forum dan nasyid memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sungguhpun kelima-lima majlis telah berakhir, Hidayah Centre masih membuka sumbangan dana para dermawan bagi merebut pahala lumayan melalui amalan sedekah pada bulan Ramadhan. Hidayah Centre sangat menghargai semua sumbangan yang telah diberi sebagai sokongan kepada saudara baru.

Mereka yang masih berminat untuk menyumbang, sila hubungi hotline Hidayah Centre di talian 03-41089669 atau emel alamat berikut: hidayah.centre@gmail.com. Selain itu, maklumat lanjut mengenai Hidayah Centre boleh dilayari di blog www.hidayahcentre.wordpress atau halaman Facebook www.facebook.com/hidayah.centre.


Gambar ihsan: Veddin Ismail, FB Hidayah Centre Pulau Pinang dan FB DJ Idris.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia