Mahkamah Tinggi Putuskan Ridhuan Tee Memfitnah IKRAM

Mahkamah Tinggi Putuskan Ridhuan Tee Memfitnah IKRAM

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah memutuskan bahawa Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah telah melakukan fitnah (defamation) kepada IKRAM berdasarkan tiga (3) penulisan yang telah beliau terbitkan di laman peribadi Facebook beliau pada tahun 2020.

Keputusan itu dibacakan oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Choong Yeow Choy. Ini sekali gus membuktikan bahawa segala apa yang ditulis oleh beliau tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan merupakan fitnah semata-mata terhadap IKRAM.

Tiga (3) penulisan tersebut ialah “IKRAMISASI KETIKA WABAK COVID19 MELANDA” pada 15 April 2020, “INSAFLAH IKRAM SEBELUM KARAM” pada 18 April 2020 dan “Kenapa Ikram begitu baik dengan ultra kiasu, Dong Zong?” pada 27 April 2020.

Sebelum IKRAM memfailkan saman fitnah terhadap Ridhuan Tee, IKRAM telah pun menjemput beliau pada 16 April 2020 untuk mengadakan pertemuan secara langsung untuk berbincang tentang tuduhan-tuduhan beliau tersebut.

Walau bagaimanapun, Ridhuan Tee telah enggan untuk berjumpa dengan IKRAM yang menyebabkan IKRAM tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memfailkan saman fitnah terhadap beliau pada 25 Mac 2021.

Antara tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada IKRAM dalam ketiga-tiga penulisan tersebut ialah:

1. IKRAM merupakan sebuah pertubuhan yang bahaya umpama virus Covid-19, IKRAM adalah Freemason versi Islam.

2. IKRAM melibatkan diri dalam pindaan ke atas beberapa perundangan Islam yang dlihat bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan seperti menyokong transgender.

3. IKRAM lebih menyokong agenda bukan Melayu daripada agenda negara.

Seramai 13 orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan di Mahkamah. Lapan (8) orang saksi daripada pihak IKRAM ialah Shahrul Aman Mohd Saari, Mahdzir Md Isa, Prof. Dr. Maszlee Malik, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, Ahmad Nabil Abd Rani, Teo Ann Siang dan Prof. Dr. Omar Yaakob.

Sementara itu, lima (5) orang lagi saksi daripada pihak Ridhuan Tee ialah beliau sendiri, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh, Dr. Kamaruzaman Yusoff, Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir dan Mohd Fadli Ghani.

Setelah membaca dan mendengar hujahan daripada peguam kedua-dua belah pihak, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa ketiga-tiga (3) penulisan tersebut sememangnya tidak benar serta telah menjatuhkan reputasi IKRAM yang mana Ridhuan Tee telah gagal dalam pembelaannya sama ada pembelaan Justifikasi (Justification), Komen Berpatutan (Fair Comment) atau Perlindungan Bersyarat (Qualified Privilege).

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah menolak saman yang telah difailkan oleh IKRAM tersebut atas asas isu undang-undang iaitu sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 tidak mempunyai kapasiti atau “locus standi” untuk memfailkan saman fitnah (defamation).

Dalam prosiding ini, IKRAM diwakili oleh barisan peguam yang terdiri daripada Awang Armadajaya Awang Mahmud, Marwan Abdullah, Ashwida Abd Samad, Umi Kelathun Abd Ghani, Syafiqah Abdul Razak dan Shakirah binti Ahmad Sharifuddin.

Sementara Ridhuan Tee pula diwakili oleh Ashmadi Othman, Bushro Mohamad Anuar dan Ahmed Burhan Tee Abdullah.

Baca kenyataan media penuh IKRAM: https://ikram.org.my/keputusan-mahkamah-tinggi-shah-alam-mengesahkan-fitnah-terhadap-ikram/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia