Menurut i4SYRIA yang bernaung di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), hanya Team ICRC (Persatuan Palang Merah Antarabangsa) dibenarkan masuk untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Madaya.
Saksikan video yang dirakamkan di kawasan Madaya, sempadan Lubnan-Syria ketika orang ramai menanti konvoi bantuan berisi makanan dan ubatan di sana: http://on.fb.me/1mXjPHD
i4SYRIA telah melancarkan kempen Projek Kecemasan ‪#‎MakananUntukMadaya‬‬ bagi membantu lebih 40,000 rakyat Syria di Madaya yang berhadapan risiko maut akibat kebuluran dan disekat bantuan kemanusiaan untuk masuk ke sana. Tempoh projek ini berlangsung bermula Januari 2016 hingga 29 Februari 2016.
Sehubungan dengan itu, i4SYRIA merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar membantu kempen ini dengan bersama-sama menyumbang sebarang amaun dan menyebarkan maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain.
Dua langkah mudah untuk menyumbang:
1. Salurkan sumbangan anda atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Akaun Maybank Islamic: 5642-5856-0698
Akaun Bank Islam: 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592
2. Maklumkan sumbangan melalui e-mel ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948 dan nyatakan kemasukan untuk ‘MakananUntukMadaya’. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil i4SYRIA di Ibu Pejabat MyCARE di talian +603-8941 2341 (En. Sazlie).
Bagaimana sumbangan anda akan disampaikan?
i4SYRIA aktif membantu rakyat Syria sejak tahun 2012 dan mempunyai rangkaian kerjasama dengan NGO antarabangsa untuk penyaluran ke Madaya, i4SYRIA akan bekerjasama dengan rakan NGO di Syria yang mempunyai perhubungan dengan penduduk Madaya.
Bantuan akan disampaikan melalui beberapa cara bergantung kepada keadaan iaitu:
1. Saluran rasmi dan diplomatik dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
2. Saluran rejim Bashar al-Assad dengan harga yang sangat tinggi
3. Saluran alternatif melalui kerjasama rangkaian NGO tempatan yang sangat berisiko tinggi
Apa pun, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan bantuan sampai ke Madaya seperti mana i4SYRIA berjaya lakukan pada tahun 2014 untuk bantuan kemanusiaan ke kawasan kepungan di Kem Yarmouk, Damsyik.
Sumber: FB i4SYRIA