Sebagaimana tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filippina yang berada di bawah kelolaan MyCARE.
Antara aktiviti yang sedang dijalankan sepanjang bulan ini ialah riadah dan piknik bersama anak-anak yatim Rohingya, kempen ‘Sponsor An Orphan’ di masjid dan lokasi terpilih seluruh negara, kempen ‘Sponsor An Orphan Friend’ di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara dan juga Majlis Hi-Tea anak-anak yatim bersama para penaja.
Anak yatim mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini”. Rasulullah s.a.w berkata sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah. (Hadis Riwayat Bukhari)
Daripada hadis ini, Rasulullah s.a.w ingin menyatakan kepada kita betapa tinggi dan dekatnya kedudukan antara baginda dengan orang yangmengambil berat tentang nasib anak-anak yatim.
Justeru, MyCARE membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk turut serta menjayakan kempen Bulan Anak Yatim MyCARE agar dapat sama-sama membantu anak-anak yatim ini melalui sumbangan untuk aktiviti-aktiviti tersebut.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui:
- Maybank Islamic: 5515 7500 4299
- Bank Islam: 1209 2010 0349 04
- CIMB: 8602 135 592
- JomPay: Biller code – 6197
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel: account@mycare.org.my atau Whatsapp di talian 013-37444760 dan nyatakan tujuan sumbangan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Ila di talian 03-89412341atau 013-7444760 di Bahagian Penajaan Anak Yatim, Ibu Pejabat MyCARE.
Sumber: MyCARE