M4E ‘terjah’ kedutaan UAE dan Mesir serah memorandum bantah hukuman mati

Di Kedutaan UAE, dua memorandum diserahkan iaitu bantahan terhadap sokongan UAE yang tidak berbelah bahagi terhadap rejim kudeta as-Sisi dan juga bantahan ke atas penghakiman para pimpinan Ikhwan Muslimin terutamanya dan juga golongan atau pihak yang menentang kudeta di Mesir. 

“Kedua-dua memorandum tersebut dapat disampaikan tanpa sebarang tentangan atau sebarang penolakan daripada pihak yang menerima iaitu Keduataan UAE dan Kedutaan Mesir di sini,” demikian ujar Ustaz Noorsyazly Ramely mewakili M4E.

Memorandum bantahan kepada pejabat Kedutaan Mesir pula adalah bersempena penghakiman terakhir kes “Bilik Operasi Rabaah”.

“Kami daripada Gabungan Malaysians For Egypt (M4E) mengikuti dengan penuh resah dan dukacita tarikh 15 Oktober ini apabila mahkamah rejim Kudeta kejam Mesir akan bersidang bagi memutuskan hukuman terakhir terhadap rayuan kepada hukuman gantung yang telah dijatuhkan sebelum ini pada 11 April 2015 lepas,” kata Ustaz Abdul Haris Bain daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia, yang juga ahli gabungan M4E.

Tambahnya lagi, seramai 14 orang rakyat Mesir akan disahkan dihukum gantung dan 37 lagi dihukum penjara seumur hidup daripada jumlah keseluruhan 51 orang yg menjadi mangsa tuduhan palsu dalam kes “Bilik Operasi Rabaah”.

“Sebenarnya, hukuman ini merupakan siri hukuman kejam dan tidak adil serta bertentangan dengan prinsip dan kaedah perundangan antarabangsa yg telah berlaku sejak bermulanya tragedi Kudeta pada 3 Julai 2013 yang lalu.”

Telah dimaklumkan bahawa sepanjang kurun ke-20, mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 1,429 pesalah tetapi sejak 3 Julai 2013 hingga sekarang (sekitar dua tahun sahaja) 1,763 orang telah dijatuhi dihukum gantung.

“M4E mewakili rakyat Malaysia yang prihatin mengutuk dengan keras tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim kudeta ini dan memperalatkan sistem perundangan demi menghapuskan sebarang usaha mengembalikan legimitasi dan hak asasi rakyat di Mesir.”

Sehubungan dengan itu, M4E mendesak pihak-pihak yang berkenaan melakukan tindakan sewajarnya bagi menggantikan tindakan jahat ini.

“Pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak secara bersungguh-sungguh menghalang perkara ini, berbetulan dengan pengisytiharan PBB bahawa tanggal 10 Oktober setiap tahun merupakan hari menentang hukuman bunuh terhadap rakyat,” gesa beliau.

Selain itu, kerajaan- kerajaan negara Arab dan negara- negara Islam melalui OIC dan seluruh kerajaan di dunia ini perlu melakukan tindakan yang sama.

“Khas untuk kerajaan Malaysia, diseru agar tidak berterusan membiarkan kekejaman ini berlaku dan tidak memberikan sebarang bentuk pengiktirafan kepada rejim haram ini.”

Tegas Ustaz Haris lagi, rakyat Malaysia bersama masyarakat dunia akan terus komited memperjuangkan pembelaan terhadap kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Mesir ini. Semoga rakyat Mesir terus tabah dan kental meneruskan perjuangannya.

“Allah tetap akan bersama perjuangan yang suci ini demi kepentingan mengembalikan kedamaian kepada dunia ini.”

Sebelumnya, M4E telah berjaya menyerahkan memorandum kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia mendesak tindakan tegas terhadap rejim as-Sisi sempena Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia pada 10 Oktober lalu.

Gabungan Malaysians For Egypt (M4E) adalah sebuah gabungan yang mewakili 33 badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia yang ditubuhkan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Mesir yang terus teguh pendirian dan bertekad membebaskan negara mereka dari cengkaman pemerintahan rejim kudeta tentera Mesir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia