Belajar daripada Luqman al-Hakim

Luqman adalah seorang insan yang diabadikan namanya menjadi satu nama daripada surah dalam al-Quran. Dalam surah itu, Allah nyatakan bahawa Dia telah mengurniakannya sifat hikmah (ayat 12), lalu dia dikenali sebagai Luqman al-Hakim.

Siapakah Luqman?

Menurut Ibnu Kathir, ulamak salaf berbeza pendapat, adakah Luqman seorang nabi atau seorang hamba yang soleh?

Kebanyakan mereka, termasuk Ibnu Abbas RA berpendapat Luqman adalah seorang hamba Habsyi, juga seorang tukang kayu. Syeikh Mutawalli Sya’rawi berkata, mereka yang berpendapat Luqman adalah seorang nabi tidak ada sandaran yang sahih. 

Ibnu Kathir mengemukakan satu peristiwa yang menampakkan kebijaksanaan Luqman. Tuannya memerintahkan supaya beliau menyembelih seekor kambing dan menghidangkannnya dua bahagian yang paling lazat daripada kambing itu. Maka Luqman menyembelihnya dan menghidangkan kepada tuannya hati dan lidah.

Pada waktu yang lain pula, tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing lagi dan menghidangkan kepadanya dua bahagian yang paling jijik dariapdanya. Maka dia menyembelihnya dan menghidangkan kepada tuannya hati dan lidah.

Tuannya kehairanan dan bertanya, “Aku minta kamu hidang dua bahagian paling lazat, kamu hidangkan hati dan lidah. Aku minta kamu hidangkan dua bahagian paling jijik, kamu hidangkan hati dan lidah. Kenapa begitu?”

Luqman menjawab, “Tidak ada yang lebih baik daripada dua bahagian ini jika kedua-duanya baik. Dan tidak ada yang lebih jijik daripada kedua-dua ini jika kedua-duanya busuk.”

 

Pengajaran daripada Luqman

Setelah mengenali siapakah Luqman daripada ayat al-Quran dan pandangan ulama, kita perhatikan apa yang dikemukakan oleh Allah seterusnya mengenai Luqman ini. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Luqman 31:13)

Antara perkara penting yang dapat kita pelajari daripada ayat di atas:

 

Pertama: Allah berfirman, “Luqman berkata kepada anaknya.”

Anaknya, walaupun menggunakan lafaz muzakkar (ibni) yang bermakna anak lelaki, namun boleh dikatakan merangkumi anak perempuan juga. Dan ia tidak merujuk kepada peringkat usia tertentu sama ada masih kecil, sudah besar, peringkat remaja atau dewasa, masih bujang atau sudah berkahwin.

Semuanya termasuk dalam makna perkataan ‘anak’. Maka nasihat boleh berlaku pada bila-bila masa dan di semua peringkat.

Kedua: Perkataan “ia memberi nasihat.”

Menurut Syeikh Mutawalli Sya’rawi, nasihat ialah memberi peringatan tentang maklumat yang telah diketahui sebelum ia dilupakan atau terlupa.

Jadi nasihat bukan menyampaikan maklumat yang baru tetapi mengingatkan apa yang telah diketahui sebelumnya. Nasihat berbeza dengan mengajar. Menasihati anak bererti mengingatkannya tentang apa yang telah dipelajarinya. 

Ketiga: Peranan ayah juga ibu adalah menasihati anak.

Maka siapakah pula yang berperanan mengajar? Daripada siapakah anak harus belajar? Belajar boleh dengan sesiapa sahaja. Mungkin ayah dan ibu sendiri yang mengajar atau pihak lain kerana untuk mengajar, seseorang perlu ada ilmu. 

Mungkin ibu bapa tidak mempunyai ilmu dalam semua bidang untuk mengajar anaknya. Maka guru yang mahir dan mendalam ilmunya diperlukan untuk mengajar anaknya.

Keempat: Perkataan ‘memberi nasihat’ didatangkan dengan menggunakan perkataan fi’il mudhari’ (present tense).

Ini menunjukkan nasihat diberikan secara berterusan, bukan pada satu masa tertentu sahaja. Ia berlaku sepanjang masa. Inilah yang dituntut oleh Allah SWT dalam Kitab Suci-Nya. Allah menceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam menasihati anak-anaknya hingga ke saat akhir hayatnya.

“….. ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).” (Al-Baqarah 2:133

Kelima: Nasihat paling penting ialah, “jangan mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Allah adalah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, yang memberi rezeki dan mentadbirkan semua urusan mereka. Maka tidak syak lagi Dialah satu-satu yang wajib disembah dan ditaati.

Justeru, menyembah yang selain-Nya dikatakan sebagai satu kezaliman yang besar kerana mereka tidak ada peranan langsung dalam mencipta, memberi rezeki dan mentadbir urusan alam ini walau sekelumit pun.

Keenam: Luqman adalah seorang manusia biasa.

Sebagai manusia, pastinya banyak aktiviti yang dilakukan setiap hari sepanjang hayatnya. Daripada pelbagai aktiviti yang tidak terhitung itu, Allah pilih satu daripadanya untuk dirakam dan diselitkan dalam kitab suci-Nya yang dibaca oleh sekalian hamba-Nya sehingga ke hari kiamat, iaitu saat ketika dia menasihati anaknya.

Ini menunjukkan bahawa ketika seorang ayah menasihati anak merupakan satu detik, satu aktiviti yang paling penting dalam diari seorang ayah dan paling bernilai di sisi Allah SWT.

Maka jangan sekali-kali kita memandang ringan ketika kita menasihati anak. Ingat! Allah memerhati dan menghargainya sebagaimana Dia menghargai nasihat Luqman.

Ketujuh: Menunjukkan contoh yang baik dalam memberi nasihat.

Di sini Luqman menunjukkan contoh memanggil anak dengan panggilan yang baik, mesra dan manja, “ya bunayya”. Panggilan yang mesra membuatkan orang yang dipanggil rasa lebih dekat, dihargai dan disayangi. Dengan itu, hatinya lebih terbuka dan lebih mudah untuk mendengar dan menerima nasihat yang disampaikan.

Dan banyak lagi pengajaran yang tidak kunjung habis jika digali dan diteliti dengan mata hati.

 

Ustazah Maznah Daud

Rujukan:

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia