SERI KEMBANGAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada Isnin.
“Hasil aduan orang ramai, KPDNHEP negeri sudah membuat pemeriksaan pada pukul 11.00 pagi di premis yang dipercayai memproses barangan makanan berkenaan,” kata Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar.
Ia turut mendapati beberapa barangan di sana menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.
“Semasa pemeriksaan dijalankan, kami mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur yang menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.”
Berikutan itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita 4,392 unit minyak bijan, minyak biji sawi (3,192 unit), air ros (mawar) (7,968 unit), air lemuju (2,580 unit) dan 5,916 unit kapur yang kesemuanya bernilai RM54,402.90 kerana menggunakan penandaan logo halal tanpa kebenaran.
Seterusnya, kes itu disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang.
KPDNHEP Pulau Pinang turut memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa.