Lindungi kanak-kanak, keselamatan mereka tanggungjawab kita

“Hak ini perlu diberi perhatian sebaiknya kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi. Justeru, mereka memerlukan jagaan dan perlindungan khasnya daripada ahli keluarga,” kata Puan Hajah Mahayati Ibrahim, Timbalan Pengerusi Biro Pembangunan dan Pembelaan Kanak-kanak Wanita IKRAM.

Menurutnya, Wanita IKRAM amat bersedih dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham adik Edrus atas pemergian anak syurga ini dengan penemuan mayatnya di Kampung Kemensah, Hulu Kelang dalam keadaan yang amat meluluhkan hati.

“Sebelumnya pada 11 0gos 2016, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang anak lelaki berusia lima tahun yang dikenali sebagai Noor Emila Edrus Norsham di sekitar Jinjang, Selangor hinggakan kejadian ini mengundang keresahan di hati,” demikian kata beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, anak merupakan amanah daripada Allah yang dianugerahkan kepada setiap ibu bapa dan anak adalah generasi pewaris yang mewarnai kehidupan. Mencintai dan menyayangi anak-anak serta berbuat kebaikan kepada mereka adalah suruhan agama sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Cintailah anak-anak kecil dan sayangilah mereka. Jika engkau menjanjikan sesuatu kepada mereka, penuhilah janjimu itu. Kerana mereka itu hanya dapat melihat, bahawa dirimulah yang memberi rezeki kepada mereka.” (HR Bukhari)

“Menatap wajah polos anak ini sudah tentu naluri kemanusiaan sesiap pun sukar untuk mempercayai dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras bahawa masih ada manusia yang sanggup melakukan penculikan dan pembunuhan kejam terhadap insan yang sepatutnya dilindungi dan dijaga keselamatannya.”

Tambahnya lagi, insan kerdil ini mendambakan dakapan, pelukan, ciuman, belaian serta kasih sayang dan tubuh kecil dan tulang belulang mereka yang masih rapuh tidak mampu menampung sebarang hentakan dan kekasaran.

“Perbuatan kasar dan tidak berperikemanusiaan itu adalah perbuatan terkutuk yang dilarang keras oleh agama. Perbuatan ini hanya akan memusnahkan keturunan serta aset penting negara pada masa akan datang,” tegas Mahayati.

Justeru, Wanita IKRAM berpendirian bahawa setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya dan menyeru supaya segenap lapisan masyarakat mengambil peranan agar tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi.

Beliau turut menyarankan agar gerak kerja Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan masyarakat diselaraskan dan dijadikan agenda utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Semua golongan masyarakat perlu digembleng untuk mengangkat isu keselamatan kanak-kanak ini.”

Selain itu, tambah Mahayati, seluruh masyarakat mesti dididik dan diberi kesedaran agar melaksanakan kewajipan mempertahankan hak dan menegakkan keadilan untuk kanak-kanak.

“Mereka perlu diiktiraf sebagai individu yang mempunyai pemikiran dan hak untuk hidup selamat dan gembira, sebagaimana yang termaktub dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) 1995.”

Beliau juga menggesa supaya Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 yang telah diwartakan pada 25 Julai 2016 yang lalu dikuatkuasakan segera dan berharap pihak berwajib akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas sebarang bentuk penderaan atau pengabaian dan kekejaman terhadap kanak-kanak.

“Wanita IKRAM menyeru seluruh masyarakat agar kembali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam membina sebuah negara rahmah yang mana setiap warganya terbimbing melalui wahyu Ilahi.”

Jelasnya lagi, Islam telah mengajar dan menerapkan sikap yang baik yang perlu diamalkan oleh setiap umatnya dalam melayan dan memuliakan anak-anak.

“AI-Quran juga telah menjelaskan tentang azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik kerana anak-anak adalah merupakan amanah Allah.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia