Lindungi kanak-kanak, jangan diabaikan

“Wanita IKRAM mengucapkan syabas atas keprihatinan penduduk Kampung Air Kuning Selatan yang mendengar tangisan kuat kanak-kanak malang ini sehingga akhirnya ia diselamatkan apabila pintu rumah berjaya dipecah masuk dengan bantuan pasukan keselamatan,” kata Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM.

Kanak-kanak tegasnya, bukan sahaja perlu dikasihi dan dipelihara sesuai dengan fitrah manusia malah mereka wajar dilindungi daripada sudut undang-undang melalui akta kanak-kanak.

“Wanita IKRAM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan kesejahteraan seorang anak kecil yang sepatutnya dilindungi secara fitrah oleh ibu dan ayahnya.”

Jelas Hafidzah lagi, Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) 1995 dan mengiktiraf kanak-kanak sebagai individu yang mempunyai pemikiran dan hak untuk hidup selesa dan gembira serta mendapat perlindungan yang sewajarnya.

“Kes ini mendedahkan kepada khalayak, realiti beberapa permasalahan dalam masyarakat yang perlu mendapat perhatian semua pihak sebelum ia membarah dan mengakibatkan kerosakan dalam kesejahteraan masyarakat itu sendiri.”

Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menyeru anggota masyarakat untuk kembali kepada ajaran agama Islam yang benar untuk diyakini dan diamalkan sebagai satu cara hidup yang menjanjikan kebaikan dan rahmat untuk semua.

“Semua pihak perlulah meningkatkan keupayaan dan mencari bantuan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Pastinya ada jalan keluar,” tegas Dr Hafidzah.

Dalam kes ini menurutnya, sekiranya ibu ini tidak mampu untuk menjaga anaknya atas apa sebab sekalipun ia sewajarnya menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau NGO untuk mendapatkan bantuan.

“Raudhatus Sakeenah Kelantan umpamanya berpengalaman memberikan nasihat dan bimbingan termasuk menguruskan urusan pengangkatan kanak-kanak seperti Adam.”

Beliau menambah, sesungguhnya ramai lagi ibu bapa di luar sana yang mahu dan mampu memberikan kasih sayang kepada kanak-kanak.

“Kami juga menyeru kepada kaum lelaki agar bertanggungjawab. Di manakah bapa biologi Adam. Tahukah dia akan nasib anaknya yang malang ini?” soal Dr Hafidzah.

Beliau berharap semoga dengan kepekaan dan keprihatinan semua pihak, kehidupan kanak-kanak akan lebih terjamin kesejahteraan mereka

“Sesungguhnya setiap perbuatan yang salah di sisi agama dan masyarakat akan mengakibatkan masalah berangkai seperti dalam kes ini.”

Menurut laporan sebelumnya, ibu muda beranak tiga ini asalnya kematian suami sebelum terjebak dalam hubungan terkutuk (zina) hingga melahirkan anak luar nikah.

Perkara ini disembunyikan daripada pengetahuan umum termasuklah keluarga sendiri walaupun dia kini sudah berkahwin dengan suaminya yang kedua.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia