Lindungi kanak-kanak, ajar pendidikan seks

Kemarahan netizen juga memuncak apabila diketahui bahawa tiada sebarang tindakan dikenakan kepada lelaki tersebut. Melihat keadaan ini, molek kiranya kita halakan kemarahan kita kepada pembikinan solusi.

 

Sudah tiba masanya kita mulakan perbincangan berkenaan pelaksanaan pendidikan seks dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Perkara yang harus kita faham apabila berdiskusi berkenaan pendidikan seks ialah pendidikan seks tidaklah menggalakkan perbuatan berzina seperti yang didakwa oleh sebahagian pihak.

 

Sebaliknya, pendidikan seks diajar untuk memberikan pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk membangkitkan kesedaran pelajar-pelajar tentang kesihatan, kesejahteraan dan maruah mereka.

 

Selain itu, ia juga mengajar pelajar-pelajar untuk membina hubungan sosial secara terhormat, serta memikirkan tentang kesan setiap tindakan mereka terhadap diri sendiri dan orang lain. Akhir sekali, ia juga bertujuan untuk pelajar-pelajar memahami dan memastikan hak-hak mereka sentiasa terpelihara.

 

Mengapa pendidikan seks?

 

Kini kita berada dalam era informasi. Dalam era ini, maklumat berkenaan seksualiti yang selama ini dikira tabu oleh masyarakat tidak lagi dapat disembunyikan dengan mudah. 

 

Pendedahan berkenaan seksualiti ini boleh berlaku melalui filem-filem dan drama-drama yang mereka tonton, lagu-lagu yang mereka dengar, iklan-iklan yang muncul, individu-individu di Twitter dan TikTok, dan seribu satu cara lain yang dilihat secara zahirnya bersifat mesra kanak-kanak.

 

Oleh itu, pendidikan seks dapat memberikan pelajar pengetahuan berkenaan seksualiti daripada sumber yang sahih. Naratif berkenaan seksualiti juga dapat dikawal melalui pendidikan seks.

 

Selain itu, era informasi ini juga memudahkan pemangsa-pemangsa seks dan pedofilia mencari mangsa. Pengantunan kanak-kanak atau ‘child grooming’, iaitu menjadikan kanak-kanak itu sebagai rakan karib untuk tujuan memudahkan mereka memujuk kanak-kanak tersebut untuk melakukan hubungan seks sering berlaku melalui media sosial seperti Instagram.

 

Pendidikan seks dapat mengajar kanak-kanak untuk mengenal pasti garis pemisah antara pengantunan seksual kanak-kanak (child sexual grooming) dan hubungan yang platonik (tidak berunsur seksual). Pembezaan ini membolehkan kanak-kanak tersebut sedar bahawa dirinya sedang diantun dan boleh melakukan tindakan sewajarnya.

 

Jika kanak-kanak itu tidak tahu pun kewujudan istilah ‘pengantunan seksual kanak-kanak’, lebih sukarlah untuk kanak-kanak tersebut mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan. Hanya jauhari mengenal manikam.

 

Prioriti kita sekarang ialah untuk mengawal naratif berkenaan seksualiti ini sebelum individu-individu yang tidak bertanggungjawab di Internet menanamkan naratif yang songsang. Masalah ini tidak akan hilang jika kita mendiamkan diri. Jangan sorokkan kepala dalam pasir. Kita harus bertindak sebelum nasi menjadi bubur.

 

Di samping itu, pengetahuan dan pemahaman berkenaan hak-hak kanak-kanak juga penting.

 

Sebagai contoh, apakah yang patut dilakukan apabila rakan sekelas mereka menghantar gambar kemaluan kepada mereka di WhatsApp? Apakah tindakan yang harus dibuat jika mereka rasa diantun oleh seorang guru? Bagaimana harus mereka bertindak jika mereka mendapat tahu rakan mereka diantun dan sedang melakukan hubungan seks dengan orang dewasa? 

 

Kesedaran tentang hal-hal begini amatlah mustahak untuk memastikan maruah, kebajikan dan hak kanak-kanak dipelihara.

 

Tidakkah ia menyebabkan kanak-kanak untuk melakukan seks pada usia yang lebih muda?

 

Kajian daripada negara-negara yang telah menjalankan pendidikan seks seperti di Finland menunjukkan sebaliknya. Bahkan, pendidikan seks akan melewatkan usia seks pertama kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak telah didedahkan tentang tanggungjawab serta kesan perbuatan seks.

 

Maka, jika ia berjaya melewatkan seks di negara barat yang tidak begitu peduli tentang seks luar nikah, bagaimana pula dengan negara timur yang sememangnya mementingkan seks selepas nikah?

 

Selain itu, pendidikan seks juga tidaklah menyebabkan hilangnya kesucian kanak-kanak. Hal ini kerana perkara yang didedahkan ialah mengikut kesesuaian usia.

 

Jika agama menjadi kerisauan, sebenarnya pendidikan seks tidak pun perlu berlawanan dengan agama. Pendidikan berkenaan bahaya pornografi, sentuhan selamat, penyakit kelamin, kesedaran berkenaan gender dan lain-lain ini sebenarnya selari dengan tuntutan agama. Dalam keadaan semasa pun, kita telah mendedahkan berkenaan seks selamat dalam subjek Sains. 

 

Berbanding menganggap pendidikan seks sebagai ancaman, lebih baik menjadikannya sebagai sokongan terhadap tuntutan agama seperti keperluan menjauhi zina bagi umat Islam serta mengajar mereka mengamalkan seks secara bertanggungjawab selepas perkahwinan.

 

Akhirnya, memang kita kecam dan salahkan pemangsa seks dan para pedofil. Kita juga mestilah mendidik anak-anak kita supaya tidak menjadi pemangsa seks. Namun, kita juga perlu mempersiapkan tunas-tunas negara kita untuk menghadapi ancaman-ancaman oleh pemangsa seks.

 

Menghantar kanak-kanak mengharungi zaman remaja dan dewasa tanpa pendidikan seks ialah ibarat mencampakkan kanak-kanak ke dalam lautan tanpa mengajar mereka berenang. Kanak-kanak perlu berkeupayaan untuk mengenal pasti ancaman untuk berkemampuan mengelak ancaman.

 

Oleh itu, bagi menyediakan kanak-kanak menghadapi cabaran remaja dalam era informasi ini, ibu bapa dan guru-guru perlu beradaptasi dengan keadaan semasa serta peka dengan tuntutan-tuntutan semasa. Jika kanak-kanak akan tahu juga tentang seks, lebih baik mereka tahu daripada kita. Ayuhlah kita lindungi anak-anak kita!

Azhari Azizi
Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia