Libatkan Lelaki Dalam Urusan Rumah Tangga, Pendidikan Anak-anak

SERI KEMBANGAN – Sempena menyambut bulan November sebagai  Bulan Keluarga Kebangsaan yang bertemakan ‘Kita Jaga Keluarga’, Seminar ‘Lelaki Hebat Keluarga Cemerlang’ telah berlangsung pada 28 November 2020, di sini.

Seminar maya ini telah dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Seminar ini bertujuan mengiktiraf dan menuntut penglibatan lelaki dalam urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak untuk menjamin kesejahteraan individu, memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat.

“Selain itu, ia bagi menyebarluaskan konsep lelaki sebagai hero atau super hero dalam keluarga di samping mewujudkan kerjasama dengan semua pemegang taruh yang terlibat bagi menentukan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkat advokasi memperkasakan peranan lelaki dalam pembangunan keluarga,” kata Ketua Pasukan Advokasi Keluarga Utuh IKRAM, Haji Nahar Md Nor.

Beliau berkata, ini adalah kesinambungan kepada program ‘Sembang Santai Hero Keluarga Rahmah’ yang telah diadakan pada 15 Disember 2019 di mana kempen ini telah dilancarkan dengan nama ‘Hero Keluarga Rahmah’ sebelum berlakunya penjenamaan semula kepada kempen LHK.

“Seminar ini adalah antara usaha pendidikan masyarakat Pasukan Advokasi Keluarga Utuh IKRAM melalui kempennya iaitu Kempen ‘Lelaki Hero Keluarga’ (LHK).”

Menurutnya, antara tujuan utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran akan kepentingan kaum lelaki memainkan peranan pentingnya sebagai pemimpin dan pelindung kepada keluarga seperti yang disarankan dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…

“Pembangunan negara yang pesat telah menghasilkan pelbagai manfaat termasuklah peningkatan ke tahap yang membanggakan bagi struktur keluarga dan gaya hidup keluarga di Malaysia.”

Dalam pada itu, IKRAM menegaskan bahawa peranan wanita dan lelaki adalah penting dalam pembangunan diri dan keluarga yang mana peranan mereka adalah lengkap melengkapi dalam usaha mewujudkan keluarga yang sejahtera.

“Prinsip kesamarataan dan kesaksamaan lelaki dan wanita perlu diiktiraf dengan mengambil kira fungsi biologi, peranan serta kemampuan mereka dalam memberi khidmat yang terbaik kepada keluarga.”

Jelas beliau lagi, lelaki dan wanita adalah diiktiraf dan dituntut berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga. 

“IKRAM juga mengajak semua warga Malaysia untuk bersama-sama memberi kesedaran dan pendidikan kepada pentingnya peranan dan sokongan lelaki sebagai ketua dan pelindung keluarga serta sebagai rakan kongsi bagi wanita dalam membangunkan satu institusi keluarga yang utuh.”

“Keutuhan keluarga ini seterusnya dapat membangunkan satu masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menghasilkan kemajuan dan kemakmuran kepada negara.”

Selain itu, IKRAM mengajak masyarakat agar menzahirkan sokongan terhadap usaha-usaha NGO bagi mengembalikan keutuhan institusi keluarga, antaranya kempen LHK ini bagi mempromosikan peranan mulia lelaki sebagai seorang anak, abang atau adik, bapa, bapa saudara dan seorang datuk dalam membangunkan keluarga yang harmoni dan sihat.

Seminar yang diadakan secara setengah hari itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah dengan menampilkan tiga panelis forum yang hebat dan banyak pengalaman dalam usaha membangun keluarga sejahtera di negara ini.

Mereka adalah YAA Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syariah Malaysia yang membincangkan topik ‘Lelaki Pemimpin dan Pelindung Keluarga’, Prof Dr Suresh Kumar A/L P Govind, Ahli Lembaga Pengarah LPPKN mengupas topik ‘Lelaki Kunci Kebahagian Keluarga’, manakala Prof Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Pengarah Pusat Citra UKM pula membincangkan topik ‘Lelaki dan Wanita, Sokong Menyokong Bina Keluarga’.

Forum dalam seminar ini dikendalikan dengan cukup bersemangat, ceria dan bersahaja oleh personaliti terkenal Da’i Azam al-Kankari yang juga seorang pendakwah. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia