Libatkan diri dalam pesta demokrasi – Presiden IKRAM

“Sekiranya kita benar-benar ingin melihat perubahan, jalannya ialah melalui penglibatan dalam pilihan raya agar natijah daripada penglibatan itu memungkinkan kita menyaksikan sesuatu yang diinginkan,” kata beliau di hadapan kira-kira 50 orang kakitangan ibu pejabat IKRAM, institusi dan agensinya dalam siri Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks IKRAM, semalam.

Menurutnya, tugasan yang menanti sangat banyak.

“Jadi, kita perlu berbuat sesuatu untuk mengeluarkan negara ini daripada keadaan kemelut yang sedang melanda.”

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kekuasaan adalah satu amanah dan amanah itu adalah tanggungjawab yang perlu dipikul semua.

“Apa pun keputusan pilihan raya yang bakal kita ketahui pada 9 Mei nanti perlulah diterima,” kata Mohd Parid.

Pada waktu itu, tambahnya, hadapilah dengan sebaiknya kerana itulah cabaran yang menjadi pasang surut dalam sejaran politik tanah air.

“Penglibatan rakyat dalam pilihan raya ini adalah satu kewajipan yang tidak boleh diabaikan.”

Beliau menyarankan kepada semua agar mengusahakan perubahan di tanah air ini demi menghasilkan keputusan atau impak yang besar kepada negara, rakyat dan agama, umat serta masyarakat global.

“Menerusi perubahan ini, kita boleh mewujudkan satu keadaan baharu yang bersejarah dan punya matlamat yang jelas buat ummah di negara ini hingga ke peringkat antarabangsa.”

Namun, tegasnya, pendekatan yang perlu diguna pakai adalah pendekatan aman menerusi saluran demokrasi iaitu melalui penglibatan dalam pilihan raya umum ini.

Sebahagian kakitangan institusi dan agensi IKRAM seperti MyCARE, MUSLEH, Hidayah Centre, KIMB, dan IKRAM Health turut hadir dalam sesi Amanat Presiden kali ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia