Lebih 70 peratus rakyat Malaysia lengkap vaksinasi

SERI KEMBANGAN – Portal COVIDNOW melaporkan seramai 23.66 juta individu atau 72.4 peratus daripada rakyat Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

 

Selain itu, dilaporkan 77.6 peratus atau 25.355 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

 

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22.126 juta individu atau 94.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini, manakala 97.4 peratus atau 22.808 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

 

Terdahulu, Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.9 peratus), Pulau Pinang (97.6 peratus), Perlis (96.5 peratus), Johor (95.8 peratus), Melaka (91.6 peratus), Sarawak (90.9 peratus) dan Terengganu (90.7).

 

Dalam pada itu, sebanyak 5,559 daripada 5,666 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad adalah kategori satu dan dua.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 107 kes positif yang dikesan terdiri daripada kategori tiga hingga lima.

 

“Daripada jumlah itu juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20 kes import dan 5,666 penularan dalam negara membabitkan 5,646 kes rakyat tempatan dan 197 lagi warga asing,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

 

Berikutan itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 2,431,716 kes.

 

“Sebanyak 601 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 299 lagi pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” jelasnya.

 

Selain itu, terdapat 6,978 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya 2,327,369 kes.

 

“Sejumlah tiga kluster baharu dikenal pasti KKM yang membabitkan masing-masing satu di tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi dan jumlah kluster yang direkodkan adalah 5,722 dan 5,183 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 539 kluster lagi masih aktif,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia