Lebih 60% lengkap vaksin

SERI KEMBANGAN – Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 14,648,590 individu atau 62.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga Ahad.

 

“Seramai 19,389,392 individu atau 82.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad sebanyak 34,027,548 dos,” ujar JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Isnin.

 

Seramai 59.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 44.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

 

“Vaksinasi harian pada Ahad merekodkan sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 merupakan dos pertama dan 160,618 adalah dos kedua.”

 

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. 

 

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

 

“Ia akan diputuskan dalam perbincangan mesyuarat jawatankuasa khas menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.”

 

Menerusi laman Facebooknya, beliau mengucapkan syabas kepada penduduk Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus.

 

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia