Lebih setengah juta terima suntikan vaksin

“Daripada jumlah itu, 448,187 individu menerima suntikan dos pertama manakala 118,013 pula telah menerima suntikan vaksin dos kedua.”

 

Dr Adham dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya pada Ahad berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu 63,675.

 

Ia diikuti negeri lain iaitu Perak (49,545), Sabah (42,018), Kuala Lumpur (39,633), Sarawak (36,972), Johor (34,000), Pahang (33,463), Pulau Pinang (31,802), Kedah (26,316), Negeri Sembilan (22,212), Terengganu (20,503), Kelantan (19,812), Melaka (11,672), Perlis (9,533), Putrajaya (4,695) dan Labuan (2,347).

 

Manakala bagi dos kedua pula, Sarawak merekodkan jumlah tertinggi iaitu 15,135, Pahang (12,283), Kelantan (11,411), Selangor (11,370), Kuala Lumpur (10,890), Perak (9,760), Johor (8,935), Sabah (8,352), Kedah (5,238), Pulau Pinang (4,866), Terengganu (4,649), Negeri Sembilan (4,643), Melaka (4,103), Putrajaya (2,234), Perlis (2,157) dan Labuan (1,987).

 

“Jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pula adalah sebanyak 7,161,178, setakat semalam dengan Selangor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 1,979,666 atau 40.8 peratus,” kata Dr Adham.

 

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

 

“Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.”

 

Tambahnya lagi, fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semalam, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 1,127 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes pulih kini ialah 326,309 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 14,380.

 

Melalui rekod yang dicatatkan tersebut, Malaysia menunjukkan perkembangan positif dalam usaha mengawal jangkitan Covid-19 apabila kes baharu harian wabak itu kekal berada di bawah angka 2,000 dengan 1,302 kes selain empat kematian yang dilaporkan pada Ahad.

 

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,293 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import, selain 169 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 individu menggunakan alat bantuan pernafasan.”

 

Beliau berkata Sarawak mencatat kes harian tertinggi dengan 426 kes diikuti Selangor (256), Pulau Pinang (212), Johor (176), Kuala Lumpur (58), Sabah (38), Kelantan (34), Pahang (32), Kedah dan Perak masing-masing 23, Negeri Sembilan (sembilan), Labuan (enam), Melaka (lima), Terengganu dan Putrajaya masing-masing dua, manakala tiada kes dilapor di Perlis.

 

“Kesemua kematian yang dilapor pada Ahad membabitkan warganegara berusia lingkungan 63 hingga 77 tahun dengan masing-masing mempunyai latar belakang penyakit kronik dan terdapat tiga lagi kluster dikesan pada Ahad masing-masing melibatkan kluster di tempat kerja (Kluster Ladang Sungai Pelek, Selangor), kluster pusat tahanan (Kluster Pagar Bukit Chagar, Johor) dan kluster komuniti iaitu Kluster Patek di Kelantan,” jelas Dr Noor Hisham.

 

Menurutnya, pertambahan kluster baharu menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,347 dengan 381 daripadanya masih aktif, manakala 14 kluster diisytiharkan tamat hari Ahad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia