Lebih jelas untuk belajar

Menurut Pengurus Rumah Bakti Nur Ain, Abdul Azeem Syahril, ini merupakan pertama kali pihak rumah kebajikan itu menerima sumbangan cermin mata percuma kerana sebelum ini mereka hanya menerima sumbangan bantuan kewangan dan makanan daripada umum.

Dalam majlis itu, beliau merakamkan penghargaan kepada i-Bantu, PERKIS KL-Duta dan Mercu Optometrist atas pemberian cermin mata tersebut.

Menurut pembantu tadbir rumah tersebut, Cik Natasya, penghuni di sini menghadapi kesukaran melihat ketika pembelajaran dan dengan adanya cermin mata ini memudahkan mereka melihat dengan jelas ketika belajar.

Dengan bantuan cermin mata ini, katanya, ia dapat membantu penghuni mencapai kejayaan yang cemerlang serta dapat menyambung pelajaran ke universiti.

Turut hadir dalam majlis serahan cermin mata En. Mohamad Nor Abdul Hamid sebagai Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PERKIS KL-Duta, En. Ahmad Hakimi Zainol Abidin selaku Pengarah Urusan OC Optocare Bangi – Mercu Optometry Sdn Bhd, En. Abdul Malik, Timbalan Pengurus i-Bantu Putrajaya) dan En. Mohd Redhuan Wan Azmi, Ahli Jawatankuasa IKRAM Bandar Baru Bangi.

Ini merupakan tahun kedua PERKIS KL-Duta memberi kepercayaan kepada i-Bantu untuk menguruskan program cermin mata percuma setelah berjaya menguruskan pengagihan 40 pasang cermin mata pada tahun lepas di Selangor dan Perlis.

Sejak Julai 2019, daripada lebih 20 orang penghuni Rumah Bakti Nur Ain terlibat dalam saringan awal dan pemeriksaan mata, seramai 11 orang telah dikenal pasti mempunyai masalah rabun mata yang agak serius yang memerlukan cermin mata bagi membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas.

Semoga sumbangan cermin mata ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima dalam menyelesaikan masalah rabun mata yang dihadapi seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia