Lebih 50 insiatif HCF bantu saudara baru

Beliau menyatakannya ketika bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 dengan temuramah yang bertajuk “Setulus Hidayah: Sentuhan Murni Mendekati Agama Islam” pada Jumaat 19 Februari 2016 yang lalu. 

“Kini terdapat 27 cawangan Hidayah Centre di seluruh Malaysia dan iaitu bermula daripada usaha-usaha dakwah yang kita melihat ia adalah keperluan pada masyarakat pada masa dahulu yang mana terdapat kes-kes yang berat iaitu murtad,” jelas Hj Nicholas.

Tambahnya lagi, apabila Hidayah Centre masuk kepada masyarakat, pihaknya mendapati kebanyakan mereka yang meninggalkan agama itu adalah saudara baru.

“Dan setelah mengkaji, kenapa mereka meninggalkan agama, adalah disebabkan mereka terabai. Ada yang jumpa kami, pecah kepala, patah tangan disebabkan masyarakat tidak dapat menerima mereka memeluk agama Islam dan mereka tidak diberikan sokongan.”

Selain itu jelasnya, ada keperluan daripada aspek fizikal dan aspek bimbingan iaitu ilmu mereka, keyakinan, kemantapan dalam beragama sehingga mereka boleh menyumbang secara positif kembali kepada masyarakat.

“Ramai orang tidak tahu bagaimana berkongsi mesej Islam yang menarik, yang indah kepada masyarakat. HCF melakukan perlbagai pendekatan secara etnik, yang mana setiap etnik itu pendekatannya berbeza,” ujarnya.

Selain itu, katanya, HCF juga melakukan pendekatan secara meluas seperti bekerjasama dengan NGO-NGO yang lain seperti mengadakan Street Dakwah untuk bertemu dengan masyarakat secara terus bagi berkongsi mesej Islam.

Menurut Nicholas lagi, yang penting ialah, menjelaskan perkara-perkara yang menjadi salah faham kepada masyarakat mengenai agama Islam sebagaimana sekarang ini terlalu banyak masalah di luar seperti gerakan Islamic State (IS), itu yang menambahkan salah faham masyarakat.

“Jadi kita perlu menjelaskan supaya mereka faham Islam dalam bentuk yang sebenar.”

Dalam pada itu, HCF tidak berhasrat mengadakan kerjasama hanya dengan NGO-NGO sahaja tetapi dengan semua lapisan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan supaya HCF menjadi satu daripada organisasi yang menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

“Cabaran HCF adalah bagaimana untuk menjelaskan Islam itu secara yang mereka boleh faham, boleh terima dan tiada unsur paksaan.”
Selain itu, Hidayah Centre memikirkan bagaimana untuk menyampaikan mesej itu dengan cara yang terbaik kepada masyarakat dan mereka boleh faham serta menyerlahkan keindahan Islam itu daripada semua sudut-sudut.

“Saya menggalakkan semua lapisan masyarakat mengenali dengan lebih hampir lagi Islam itu daripada pelbagai agensi yang sedia ada selain HCF seperti PERKIM, Islamic Outreach ABIM, Research Information Centre of Islam, Malaysia Reverted Muslim (MRM), Interactive Dakwah Training (IDT) dan banyak lagi.”

Beliau menambah, HCF sendiri mempunyai 12 jenis latihan.

“Jika masyarakat ada keinginan dan berkehendak tetapi tidak tahu caranya, boleh hubungi kami di http://hidayahcentre.com atau hubungi 03-4108 9669.”

Selain Hj Nicholas, TV1 turut menemuramah seorang mualaf yang juga seorang pemuzik, Nursyafiqa Chew yang telah memeluk Islam melalui Hidayah Centre pada bulan Disember tahun lalu.

Sumber: http://bit.ly/1TpuHdV

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia